“Keputusan Untuk Teruskan Penggunaan Mysejahtera Akan Diteliti Sebulan Lagi” -KJ

Berita

“Keputusan Untuk Teruskan Penggunaan Mysejahtera Akan Diteliti Sebulan Lagi” -KJ

Sedia maklum, setelah berlakunya penularan COVID-19 di negara, pengguna aplikasi MySejahtera ‘wajib’ diguna pakai oleh setiap masyarakat supaya mereka boleh mengimbasnya sebelum memasuki mana-mana premis.

Ia merupakan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memudahkan untuk mengesan kedudukan penduduk jika terkena virus tersebut.

Advertisement

Baru-baru ini, kelihatan ramai yang sudah ‘bising’ dengan mengatakan penggunaan aplikasi tersebut sudah tidak ‘relevan’ lagi ketika ini.

keputusan imbas MySejahtera atu tak tunggu lagi sebulan

Mengambil kira pendapat orang ramai, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pihak mereka perlu masa sebulan untuk meneliti sama ada ingin meneruskan ataupun hentikan amalan mengimbas MySejahtera sebelum memasuki premis.

Menurut Khairy Jamaluddin, pihaknya perlu melihat lebih lagi beberapa perkara termasuk data mobiliti penduduk dan corak jangkitan COVID-19 ini.

Tambahannya lagi kepada pihak Kosmo, jika dalam tempoh sebulan tiada sebarang hal yang ketara berlaku, maka baru mereka akan fikir untuk hentikan amalan mengimbas MySejahtera.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

mysj
3 years ago

"Dah Terlambat Ke Nak 'Uninstall'?" - Netizen Risau Kalau Betul Mysejahtera Dah Dijual

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...