Baru-baru ini, sempat tular di media sosial foto bekas suami kepada pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer bersama seorang wanita ketika majlis pernikahan mereka.
Berpisah secara baik
Setelah diketahui Redza dan Irma ternyata sudah bercerai sejak enam bulan lalu, Redza tampil berkata keputusan tersebut adalah keputusan bersama bekas isterinya itu selepas mengambil kira setiap pandangan.
Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam co-parenting.
Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak.
Tiada unsur orang ketiga
Namun begitu, bagi mengelakkan salah faham, Redza turut memberitahu perpisahan mereka juga bukan disebabkan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka. Menurutnya, Irma juga sudah diberitahu mengenai pernikahannya bersama isterinya itu sebelum majlis.
Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk berkahwin adalah selepas perceraian.
Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya.
View this post on Instagram
Sekadar info, Irma dan Redza telah sah bergelar suami isteri pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum berpisah enam bulan lalu.