Sampel B pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei disahkan menunjukkan keputusan positif dexamethasone.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengumumkan secara rasmi tentang perkara in pukul 2.00 petang nanti dalam satu sidang media di ibu pejabat BAM di Bukit Kiara. Sidang media akan diberikan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria.
Chong Wei telah menjalani ujian doping secara rawak semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos dan menyaksikan sendiri sampul keputusannya dibuka di Oslo pada 5 November.
Chong Wei berdepan dengan hukuman diharamkan bermain badminton selama dua tahun tetapi dia berpeluang untuk memperdengarkan kesnya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BMF), pada tarikh yang akan diumukan kemudian.
Laporan asal: The Star