Keputusan Tangguh Ke Tarikh Lain, Prosiding Rayuan Syed Saddiq Selesai

Berita

Keputusan Tangguh Ke Tarikh Lain, Prosiding Rayuan Syed Saddiq Selesai

Melalui laporan Berita Harian, nasib Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mengenai sabitan dan hukuman empat pertuduhan melibatkan pengubah wang dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) akan diketahui di tarikh yang lain serta akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

syed saddiq2

Advertisement

Keputusan rayuan Syed Saddiq akan ditentukan oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, sama ada dirinya berjaya mengetepikan sabitan dan hukuman ataupun kekal bersalah.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

syed saddiq

Difahamkan, dalam prosiding hari ini, Ahmad Zaidi telah menetapkan 24 April ini bagi pengurusan kes pemilihan tarikh untuk keputusan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak di atas hujahan ini, namun kami memerlukan masa untuk mempertimbangkan keputusan berkenaan. Jadi buat masa ini, kami akan tetapkan tarikh lain untuk pengurusan kes terlebih dahulu.

syed saddiq2
5 hours ago

Hujahan Rayuan Syed Saddiq Sambung Pagi Ini - "Tiba Masanya Untuk Kebenaran Dibela"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...