Keputusan Penuh Pemilihan Presiden dan Jawatan Tertinggi FAM 2014

Trending

Keputusan Penuh Pemilihan Presiden dan Jawatan Tertinggi FAM 2014

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Advertisement

Beliau dilaporkan mendapat 27 undi sekaligus mengalahkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendapat 12 undi dalam persaingan dua penjuru itu.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM.

Pemilihan ini berlangsung ekoran Presiden Persatuan FAM Sultan Ahmad Shah menarik diri daripada mempertahankan jawatan presiden pada Kongres Tahunan Ke-50 untuk memberi ruang kepada kepimpinan baharu.

Berikut adalah jawatan lain dalam FAM yang dipertandingkan:

Timbalan Presiden:
Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden)
Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS)

Naib Presiden:
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak)
Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis)
Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)
Datuk Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak)

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Lelaki:
Datuk Yusof Mahadi (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka)
Datuk Osman Salleh (penyandang)
Alijus @ Mohd Ali Sipil (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah)
Abdul Aziz Yeop Jamaludin (Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak)
Datuk S. Sivasundaram (penyandang)
Goh Ah Chai (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang)
Datuk Othman Aziz (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah)

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Wanita:
Brig Jeneral Datuk Norhuda Ahmad
Normala Md Yusof

Sultan Ahmad Shah menjadi Presiden FAM sejak tahun 1984. Adakah 30 tahun neraka sudah berakhir?

sementara itu semua perwakilan bersetuju melantik Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...