January 10th, 2010

keputusan ajl24

Tunggu update terkini keputusan penuh akhir AJL24 / Anugerah Juara Lagu 24 dari kami di BeautifulNara. Boleh dikatakan nie macam siaran langsung AJL24 versi blog. Teruskan setia bersama kami. Kalau nak update yang paling pantas boleh join borak-borak di Facebook BeautifulNara.

  • Juara AJL 24 – Aizat  (Pergi) – Tahniah2. Anda memang layak. Lirik dan melodi memang mantap
  • Naib Juara AJL24 – Yunalis Zarai  (Dan Sebenarnya) – ala tomeinya gaya jalan
  • Tempat Ketiga AJL 24 – Faizal Tahir (Bencinta) – Macho baju dia, sian pakai tongkat
  • Vokal Terbaik AJL24 – Black (Aku Rindu Sayang Kamu) – sempat berlaga pipi 3 kali tue ngan Mas Idayu
  • Persembahan Terbaik AJL24 – Aizad (Kau Aku) – comel gile Aizad lompat

Tahniah buat semua pemenang. Tak ada orang yang bajet Aizad dengan lagu Pergi bakal menang. Rasanya memang tak ada kontroversi dengan kemenangan kali nie. Semuanya layak-layak belaka. Tahniah semua!!!

Anugerah Juara Lagu 24 @ AJL 24 kali nie bagi kami adalah yang terbaik pernah diadakan. Lagu-lagu semua best. Persembahan semua mantap-mantap. Pentas pun besar. Backdrop cantik. Pengacara-pengacara lawak dan tak membosankan. Yang paling best iklan pun tak panjang sangat. Tahniah kepada TV3 kerana berjaya menganjurkan AJL yang terbaik.

Tapi sayang ada gangguan sekejap masa Jeffrydin tengah buat show. Ada orang terlanggar kabel kot. Hehehe. Apa-apa pun daripada 100 markah kami bagi AJL kali nie 95 markah. Jom tunggu sapa yang bakal menang nie.


Comments are closed.

Loading...