Keputusan Kajian Mengenai Mod Vape dan Cecair E-Juice Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Trending

Keputusan Kajian Mengenai Mod Vape dan Cecair E-Juice Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Vapefest-2013-Rich-Gavina

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata keputusan mengenai kajian terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape akan diumumkan tidak lama lagi.

Advertisement

Beliau berkata ini kerana sekiranya mahu vape dibenarkan dijual di pasaran, ia perlu memenuhi prosedur dan kriteria yang akan ditetapkan.

Katanya, ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.

“Penggunaan peranti dan perisa cecair rokok elektronik itu mesti menepati standard yang telah diguna pakai oleh pihak antarabangsa.

“Apa pun keputusan dibuat nanti adalah keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak dan diharap tidak akan timbul isu lagi pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Larut di Hospital Selama di sini hari ini.

Hamzah berkata usaha memperkenalkan standard khas itu dibuat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd.

“Dari segi cecair vape yang akan digunakan nanti, ia perlu menepati kandungan paras nikotin sama seperti kandungan nikotin yang dibenarkan dalm rokok kerana ada pihak yang mengatakan vape boleh merosakkan kesihatan sementara pihak lain mengatakan ia boleh mengurangkan tabiat merokok.
“Jadi apabila kajian itu telah selesai sehingga analisis yang dilakukan benar-benar saintifik, baharu kita keluarkan satu peraturan dari segi penggunaan dan penjualan yang akan diumumkan nanti,”
katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...