January 6th, 2013

Sebentar sahaja lagi akan berlangsung Anugerah Juara Lagu yang ke 27 (AJL27). Untuk anda yang mempunyai televisyen, bolehlah menonton siara langsung acara gilang-gemilang ini di TV3. Bagi anda yang berada di luar negara, live streaming boleh ditonton di laman web www.anugerahjuaralagu.com.

anugerah juara lagu 27

Dan kali ini, BeautifulNara secara ekslusif telah bergabung dengan CST Production untuk membawakan kepada anda gambar-gambar terkini sekitar AJL27. Live update ini dinamakan Project2PI dan boleh digunakan bukan sahaja untuk majlis anugerah sebegini tetapi juga untuk majlis perkahwinan anda.

Ulasan Abang Nara boleh dibaca menerusi Twitter BeautifulNara. Abang Nara akan update part-part yang penting sahaja di sini. Kepada semua, enjoice AJL27!!!

1. Cantik sungguh Misha Omar muncul sebagai persembahan pembukaan AJL27 dengan lagu Bunga-Bunga Cinta.
2. Cantik dan smart sungguh pentas AJL27 kali ini. Respek!!!
3. Kak Ziana Zain masih bertenaga lagi. Memang J Lo Malaysia.
4. Faizal Tahir muncul dengan lagu Anti Graviti. Abang Nara masih terkesima dengan kehebatan pentas yang menggunakan efek berteknologi tinggi. Awesome.
5. Efek yang sangat smart ketika FBI dan Cheryl Samad menjadi pengacara pembukaan. Cool!!
6. Amboi ada montaj Aaron Aziz untuk lagu Ombak Rindu
7. Telah pun berlalu lagu Ombak Rindu dan Patah Seribu. Kemunculan Aaron Aziz merampas Adira daripada Hafiz ternyata menimbulkan kejutan.
8. Si Lan The TypeWriter nie boleh menang Vokal Terbaik nie.
9. Stacy memang tidak pernah mengecewakan. Awesome vokal tapi napa badan macam dah bertambah besar?
10. Semoga Stacy dapat menguruskan badannya dan kembali beraksi dengan lagu berentak rancak pulak.
11. Oho. Abang Nara suka lagu “Lagu” daripada Bedroom Sanctuary ini.
12. Amboi penuh satu badan dengan cat si Amir Jahari nie
13. Teman Pengganti nie kalau Malique nyanyikan part rap memang confirm meletup punya.
14. Fuhh ~~ Puas hati dengar lagu Teman Pengganti. Mantap!!!
15. Amboi. Smart gila misai Aizat. Sedap jugak Aizat nyanyi Terukir Di Bintang.
16. Persembahan yang sempoi daripada Aizat. Awesome job memandangkan hanya 2 hari untuk Aizat buat persembahan
17. Suara Hafiz nie memang sangat-sangat meningkat mutunya berbanding di zaman awal kemunculannya
18. Fuhhh. Aweera punya suara memang mantap!!!

Selepas persembahan istimewa ini, keputusan AJL27 akan diumumkan. Sama-sama kita nantikan.


Comments are closed.

Loading...