“Keputusan Dibuat, Masih Tak Puas Hati” – PM Minta Semua Terima Keputusan SC Berkenaan Kes TS Azam Baki

Berita

“Keputusan Dibuat, Masih Tak Puas Hati” – PM Minta Semua Terima Keputusan SC Berkenaan Kes TS Azam Baki

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak akur dan terima keputusan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung kes salah laku terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Jadi SC sudah membuat keputusan, hari ini pun SC sudah buat statement (kenyataan) mengatakan tidak ada kes, jadi kita terimalah keputusan.”

Menurut Harian Metro, beliau berkata semua pihak tidak boleh mengikut kehendak sendiri sehingga tidak boleh terima dan menolak keputusan badan profesional.

Kata beliau lahi, sebarang pertanyaan mengenai keputusan SC itu perlu dirujuk kepada suruhanjaya berkenaan.

Jangan kita minta dia (Azam Baki) disiasat, apabila dia disiasat, keputusan dibuat dan kita masih tidak puas hati. Jangan kita fikir untuk ikut kehendak kita.”

Advertisement

Terdahulu, SC memaklumkan, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Sementara itu, Tan Sri Azam Baki sebelum ini meluahkan rasa syukurnya selepas dia didapati tidak bersalah dan keadilan telah pun ditegakkan.

Azam Baki kes tutup
3 years ago

"Alhamdullilah,Syukur.." - Tiada Kesalahan Menurut SC, Fail Kes Rasuah Azam Baki Ditutup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...