Kepulangan 43 Pelajar Malaysia Dari Indonesia Cetus Kluster Terbaru COVID-19

COVID-19

Kepulangan 43 Pelajar Malaysia Dari Indonesia Cetus Kluster Terbaru COVID-19

Satu kluster terbaru COVID-19 berjaya dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di dalam sidang media KKM semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes terbaru dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui KLIA, pada 16 April lalu.

Kepulangan 43 pelajar Malaysia itu dilaporkan dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia. Kesemua pelajar Malaysia yang selamat tiba itu kini sedang menjalani proses kuarantin dengan 34 individu dikuarantin di Melaka manakala sembilan lagi di Putrajaya.

Advertisement

Ini menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengambil langkah kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan dan ia bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia.

Di dalam sidang media itu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut ditanya mengenai kumpulan rakyat Malaysia yang tiba dari luar negara sebelum ini. Menurutnya, seramai 15,800 individu sudah menjalani proses kuarantin sebaik tiba di tanah air. Terdapat 190 stesen pusat kuarantin di Malaysia dan 89 stesen kuarantin di pintu masuk antarabangsa.

1,041 daripada jumlah 15,800 individu yang selamat tiba adalah dalam kalangan jemaah tabligh. Manakala 11,725 orang dipantau (PUS) dan sampel yang diambil adalah 8,410 dan yang positif setakat ini adalah 65 individu iaitu 43 individu dari Jawa Timur, tiga dari Acheh dan satu kes masing-masing dari Turki dan Kalimantan.

covid-19

Walau bagaimanapun, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan perkembangan yang baik dengan jumlah kesembuhan yang semakin meningkat. Berdasarkan statistik yang diterima setakat semalam, kadar kesembuhan kes telah mencapai hampir 60% di mana mereka yang sembuh telah dibenarkan pulang.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...