December 5th, 2012

Suatu hari yang panas terik, nafsu memakan aiskrim Abang Nara tiba-tiba membuak. Dengan pantas, Abang Nara start engine kereta dan pergi ke Giant Gombak untuk membeli aiskrim. Banyak sungguh pilihan yang ada sampai rambang mata dibuatnya.
la cremieriaAkhirnya selaku penggemar coklat, Abang Nara telah membawa pulang LA CREMERIA Chocolate Obsession dan LA CREMERIA Chocolate Hazelnut. Ingatkan balik nak terus makan, namun hujan yang turun lebat secara tiba-tiba membatalkan hasrat tersebut.
la cremieriaAbang Nara simpan dulu LA CREMERIA Chocolate Obsession dan LA CREMERIA Chocolate Hazelnut di dalam peti ais. “Esok tengah hari baru makan”, bisik hati Abang Nara. Malam itu, Abang Nara masuk tidur awal dengan harapan untuk merasai keenakan aiskrim LA CREMERIA esoknya.
la cremieriaTerkejut beruk diri ini apabila membuka bekas LA CREMERIA Chocolate Obsession. Siap dah basuh lagi. “Kosong, kosong, kosong” (baca dengan nada lagu Najwa Latiff). Semua isi di dalamnya sudah hilang. Sedang Abang Nara kehairanan, terdengar suara gelak-gelak manja di belakang Abang Nara.
la cremieriaRupa-rupanya mak mertua dan adik ipar Abang Nara telah pun makan LA CREMERIA Chocolate Obsession ketika Abang Nara tidur semalam. Menurut mak mertua Abang Nara, mula-mula mereka memang nak tinggalkan sikit untuk Abang Nara. Namun keenakan rasa aiskrim yang kaya dengan coklat dan ditambah pula dengan kerangupan kacang di dalamnya membuatkan mereka tak mampu berhenti.
la cremieriaKekecewaan Abang Nara terubat apabila melihat isi LA CREMERIA Chocolate Hazelnut masih tidak terusik. Dengan pantas, Abang Nara menceduk dan memasukkan sesudu aiskrim itu ke dalam mulut. Tiba-tiba, mulut Abang Nara terasa dipenuhi dengan rasa coklat yang penuh enak berkrim. Lazat gila!!!
la cremieriaAbang Nara tak mampu berhenti memakan LA CREMERIA Chocolate Hazelnut. Lepas sesudu, sesudu lagi dan sesudu lagi. Memang tak boleh berhenti. Mak mertua dan adik ipar Abang Nara pun join sekali. Kedua-duanya tak mampu berkata apa-apa menikmati keenakan LA CREMERIA Chocolate Hazelnut.
la cremieriaTak sampai 20 minit, sebekas LA CREMERIA Chocolate Hazelnut telah selamat disemadikan di dalam perut kami bertiga. Masing-masing kekenyangan dan menunjukkan muka kepuasan dapat menikmati aiskrim yang sangat sedap ini. Mak mertua Abang Nara siap pesan suruh beli lagi kalau pergi Giant Gombak.
la cremieriaKetika keenakan aiskrim LA CREMERIA menerjah ke badan Abang Nara, terasa macam diri ini sedang memakai pakaian yang diperbuat daripada coklat. Hazelnut yang ada di dalamnya pula seperti hiasan untuk mencantikkan lagi pakaian tersebut. Makin banyak dimakan, makin cantik pakaian yang menyaluti tubuh Abang Nara.
la cremieriaRupa-rupanya sekarang ini sedang dijalankan contest LA CREMERIA La Bella iaitu merekacipta fashion terbaik di Facebook Nestle LA CREMERIA. Contest yang akan tamat pada 13 Januari 2013 ini menawarkan hadiah bernilai RM3,2000. Ada 7 hadiah utama untuk dimenangi yang merupakan satu helai baju, sepasang kasut, satu aksesori rambut dan sehelai tudung. Kaum Hawa pasti suka contest ini.
la cremieriaAbang Nara tak berapa pandai bab-bab design ini tetapi disebabkan hanya 4 langkah sahaja yang diperlukan untuk join contest ini, Abang Nara pun cubalah. Langkah pertama ialah memilih perisa LA CREMERIA. Sudah tentu Abang Nara pilih Chocolate Obsession.
la cremieriaLangkah kedua ialah design. Abang Nara main hentam je sebab tak berapa pandai. Inilah hasilnya.
la cremieriaLangkah ketiga ialah membuka lebih banyak item menggunakan Indulgence point. Mana nak dapat Indulgence point nie? Jawapannya ialah ianya ada pada bekas aiskrim LA CREMERIA yang telah Abang Nara beli hari tue. LA CREMERIA 1.25 liter akan membuka 15 item manakala LA CREMERIA 500ml akan membuka 5 item.
la cremieriaLangkah keempat ialah isikan maklumat peribadi anda dan hantarkan design yang anda rasa cukup mantap. 7 pemenang untuk design terbaik setiap perisa LA CREMERIA akan memenangi hadiah utama. Sementara itu 10 hadiah saguhati yang merupakan bekalan aiskrim LA CREMERIA untuk setahun akan diberikan kepada mereka yang paling banyak unlock item. Menarik kan?
la cremieriaJadi kalau anda ada bakat design dan memang suka makan aiskrim LA CREMERIA, inilah contest untuk anda. Abang Nara yang tak berbakat design nie pun join dengan harapan dapat menang hadiah saguhati. Puas hati dapat stok aiskrim selama setahun. Tunggu apa lagi? Silalah ke Facebook Nestle LA CREMERIA untuk maklumat lanjut.


Comments are closed.

Loading...