Seorang pengguna Facebook memberitahu yang dia hampir termakan seekor katak pisang yang berada dalam lemang yang dibeli oleh suaminya. Cerita Hafezatul Akma Azmin, dia merasa loya dan hampir muntah akibat kejadian itu.
Baru ada mood nak bercerita. Bersempena nak raya ini, di ambang subuh yang hening, maksud saya sebelum azan, okay?
Saya nak sangat bersahur dengan lemang yang suami saya belikan. Tak usah cakaplah, lemang ini memang kegemaran saya. Kalau tiba masa tak boleh sabar saya akan korek terus lemang dari atas. Tetapi, pagi itu,masa hendak makan, saya teringat satu cerita tentang orang yang mati makan lemang kerana ada ular.
Jadi selepas dengar cerita sebegitu, saya berkelakuan baik. Mesti buka (lemang) sampai habis, baru makan. Nak dijadikan cerita, lepas buka saja, setelah menuangkan kari daging dalam pinggan, saya perasan ada sesuatu yang aneh pada daun pisang. Saya ingatkan halia atau apa. Akhirnya saya cungkil guna pisau.
Hahaha. Katak pisang. Berlumuran dengan santan, dan cukup masak!
Maka bermulalah adegan loya sepanjang dinihari seshingga saya fobia ke dapur.
Akhirnya dengan pingan-pinggan sekali saya buang. Pagi itu saya hanya mampu minum Milo, itu pun hendak muntah.
Saya sertakan gambar untuk tatapan rakan-rakan. Betapa berkrimnya katak itu. Tahun ini tidak ada menu lemang. Tak rela.
Kata Hafezatul, lemang itu dibeli dibeli di tempat menjual lemang yang terkenal, tetapi dia tidak mahu menyebut nama. Biarlah ia menjadi pengalaman kepada orang lain agar berhati-hati.
Sumber: Hafezatul Akma Amin