Kepelbagaian Warna KPKS Bakal Menjadi Lokasi Tumpuan Percutian Keluarga

Travel

Kepelbagaian Warna KPKS Bakal Menjadi Lokasi Tumpuan Percutian Keluarga

Lumrah manusia sukakan pada keindahan dan warna-warna yang dapat menarik daya tumpuan mata masing-masing.

Siapa sangka Kampung Pelangi Kuala Selangor (KPKS) yang sudah beroperasi sejak enam tahun yang lalu adalah sebuah tapak kem untuk aktiviti berkumpulan seperti kem kepimpinan pelajar, kem motivasi, hari keluarga dan lain-lain aktiviti.

Advertisement

Kampung Pelangi Kuala Selangor

Kini, KPKS yang terletak di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor akan menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara kerana keunikan warna-warni bangunan dan juga kepelbagaian aktiviti yang pastinya menyeronokkan.

Ustaz Kamil Sidek merupakan seorang pendakwah dan penulis buku juga Pengarah Urusan Selangor Cabin Camp (KSCC) telah mengusahakan KPKS yang berinspirasikan Kampung Pelangi di Indonesia, Korea dan Taiwan.

Ketika dihubungi mStar, Kamil berkata ketika negara dilanda pandemik Covid-19, Beliau mengambil keputusan untuk menaik taraf tapak itu yang berkeluasan tiga ekar.

“Kami membina sebuah zoo mini dengan membawa pelbagai binatang seperti rusa, kuda, ostrich, iguana, kambing, burung dan sebagainya”.

zoo mini

“Kewujudan zoo mini ini sebagai menambah aktiviti sedia ada serta membolehkan keluarga yang datang bersama anak-anak mendekati haiwan ini dengan lebih dekat”.

 

Beliau yang mesra disapa Ustaz Kay berkata hampir kesemua kawasan berwarna-warni dan cukup menarik perhatian dan hasil kerjasama dari ahli parlimen Kuala Selangor.

Ustaz Kamil Sidek

Hasrat Kamil untuk melihat KPKS sebagai sebuah destinasi yang sesuai bagi melakukan pelbagai aktiviti yang menarik bersama yang tersayang.

KPKS akan mula dibuka bermula 5 Mac (Jumaat) selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan dibenarkan melancong dalam negeri sehingga 18 Mac.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...