Kepala Terpisah Daripada Badan, Kanak-Kanak 11 Tahun Dibunuh Kejam!

Trending

Kepala Terpisah Daripada Badan, Kanak-Kanak 11 Tahun Dibunuh Kejam!

Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui dalam keadaan tragis dengan kepalanya terpisah daripada badan, tangan dan kaki diikat serta beberapa organ dalaman didakwa tidak dijumpai, di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan Pahang kelmarin.

mayat

Advertisement

Kanak-kanak malang tersebut, Siti Masyitah Ibrahim dipercayai dibunuh, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 5 petang selepas mangsa dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Menurut ibu kanak-kanak berkenaan, Zaleha Abdullah, 35, anaknya itu meminta wang RM1 untuk ke kedai dan berjanji pulang segera, kira-kira jam 5 petang 30 Januari lalu, namun tidak lagi dijumpai selepas itu.

mayat

Dia dan suami, Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja dimaklumkan mengenai penemuan mayat anaknya.

mayat

Namun sebaik sahaja melihat keadaan mayat anaknya yang tidak sempurna, hatinya luluh.

Malah lebih menyanyat hati, tangan dan kaki diikat serta beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai.

Zaleha berkata, dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru

“Sepanjang tempoh kehilangannya selama 11 hari, saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan. Apabila saya melihat mayatnya, semalam, saya amat sedih.

“Mengapa tergamak melakukan perkara sebegini kejam terhadap anak saya, apa dosanya?” luahnya.

Sementara itu, menurut sumber polis, seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Siti Masyitah.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi pula mengesahkan penemuan mayat itu, namun memaklumkan maklumat berhubung kematian mangsa akan dikeluarkan selepas proses bedah siasat selesai

mayat

Beliau berkata, anggota daripada Bahagian Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, tiba ke lokasi kejadian pada jam 8 malam sebelum mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut.

Sumber Berita: Berita Harian Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...