“Kepala Lelaki Dalam Jamban” – Anak Mula Bersikap Pelik & Menyanyi Lagu Pelik, Ketagih Kartun Skibidi Toilet

Kehidupan

“Kepala Lelaki Dalam Jamban” – Anak Mula Bersikap Pelik & Menyanyi Lagu Pelik, Ketagih Kartun Skibidi Toilet

‘Trending’ di media sosial sejak kebelakangan ini mengenai kartun Skibidi Toilet yang menjadi siulan kanak-kanak.

Skibidi Toilet itu menampilkan pelbagai watak kepala lelaki yang berada dalam lubang tandas dan sekali diimbas ia turut mengganggu fikiran apatah lagi jika ia ditonton oleh kanak-kanak.

Advertisement

Watak kepala dalam lubang tandas dengan raut wajah yang pelik itu turut menyanyikan lagu ‘skibidi bombombom’ berulang kali sehinggalah ada orang menekan butang ‘flush’.

Skibidi toiletSumber : Youtube  

Ternyata, dengan imej agresif dan perlakuan ekstrim itu mampu merosakkan minda serta otak kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa.

Otak kanak-kanak mampu mengikuti segala apa yang dilihat ibarat span dan ibu-bapa perlu memainkan peranan bagi mengawal tempoh pendedahan skrin kepada anak masing-masing.

Malah, di TikTok, terdapat banyak video memaparkan kanak-kanak melakukan aksi serupa dengan kartun Skibidi seperti sindrom yang membarah dan membimbangkan.

Dalam video yang menjadi tular, kanak-kanak rata-ratanya duduk di dalam bakul atau bekas besar dengan keadaan mencangkung sebelum membuat muka pelik dan menyanyikan lagu kartun tersebut.

Sehubungan itu, ibu bapa perlulah mengawal pemberian gajet kepada anak-anak dan memantau rancangan hiburan yang ditonton si kecil di rumah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Skandal tempat kerja
9 months ago

"Tutup Maksiat Dengan Rajin Solat" - Skandal Suami Isteri Di Pejabat, Individu Kesal Selalu Jumpa Tisu Penuh Kesan Air M*ni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...