Kepala Ditunjal, Ditolak Ke Lantai & Ditendang, Ayu Raudhah Trauma Ketika Lakonkan Babak Bersama Iqram

Hiburan

Kepala Ditunjal, Ditolak Ke Lantai & Ditendang, Ayu Raudhah Trauma Ketika Lakonkan Babak Bersama Iqram

Semalam suami kepada Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha telah meluahkan rasa geramnya apabila melihat isterinya dipukul dengan agak ganas dalam filem Lagenda Budak Setan 3 oleh Iqram Dinzly. Ada pihak yang memberi pendapat Zaquan telah ‘over react’ dan menganggap pemain bola sepak itu tidak memahami dunia lakonan.  K

ayu raudhah

Advertisement

Kata-kata ‘no more shooting’ yang ditulis oleh Zaquan Adha itu menyebabkan banyak pihak membuat spekulasi bahawa karier lakonan Ayu Raudhah telah berakhir. Namun hari ini menerusi Berita Harian, Ayu Raudhah memaklumkan yang kemungkinan suaminya akan menghalang dirinya berlakon watak seperti dalam filem Lagenda Budak Setan 3 sahaja. Watak yang biasa-biasa masih ok lagi. Kata Ayu:-

Saya pernah maklumkan suami mengenai babak yang saya akan lakonkan dalam LBS3 tetapi ketika itu dia tak nampak keadaan sebenar babak berkenaan. Hanya selepas menontonnya sendiri, baru dia cakap seperti apa yang ditulisnya di laman Twitter.

Cuma tak sangka pula, dia akan muat naik status berkenaan. Malah ketika pratonton, dia memang tengok separuh jalan filem itu. Mungkin tak tahan tengok saya ‘dipukul’ dalam filem berkenaan ditambah dengan anak saya menangis.

Lucunya, anak sulung saya berumur setahun setengah menangis sebab tengok babak saya dipukul. Tapi itu tak bererti suami akan halang saya berlakon lagi. Mungkin kalau watak sedemikian rupa yang agak ganas, dia akan larang. Kalau babak biasa, dia ok.

Namun Abang Nara kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Ayu Raudhah untuk memastikan lakonannya dengan Iqram Dinzly di dalam filem Lagenda Budak Setan 3 ini benar-benar berjaya. Mana tidaknya hampir keseluruhan tubuh badan Ayu Raudhah diperlakukan dengan kejam seperti kepala ditunjal, ditendang, ditolak ke lantai dan macam-macam lagi. Kata Ayu:-

Memang kebanyakan babak membabitkan saya dengannya memerlukan aksi pukul memukul di antara suami isteri. Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak perlu dirakamkan semula kerana saya tak tahan dipukul.

Trauma juga dengan setiap babak itu. Tapi bila tengok hasil babak yang dilakukan, ia nampak cukup mengesankan padahal ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ada ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa.

Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai.

Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama. Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak.

Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi.

iqram dinzl

Fuh. Kalau Abang Nara jadi suami Ayu Raudhah pun mesti sedih tengok si isteri diperlakukan sedemikian rupa. Tak apalah. Itulah kehidupan seorang pelakon. Lepas ini bolehlah tapis dulu watak yang boleh dilakonkan oleh isteri anda. Kepada Iqram dan Ayu, tahniah Abang Nara ucapkan kerana berjaya menghidupkan watak yang diberi. Anda berdua memang power.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...