Pelawak terkenal, Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria akhirnya mengaku bahawa dia ada ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks, baru-baru ini.
Anggota kumpulan Jambu itu membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya dan kemudian diulang siar oleh isteri, Nadia Mohd Effendi, pada petang tadi.
Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut.
Ahad lalu, pihak polis memaklumkan bahawa seorang pelawak terkenal telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam jual beli manusia untuk kegiatan seks dan pelacuran di sebuah hotel bertempat di Kuala Pilah.
Sehubungan dengan itu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen yang mula ‘memetik’ beberapa nama pelawak termasuklah Tauke Jambu namun dia tampil menafikan sekeras-keras penglibatannya dalam perkara keji itu.
Dilaporkan juga, antara barang dan harta benda yang dirampas dalam serbuan itu adalah sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, wang tunai serta empat telefon pintar.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.