Menerusi akaun Instagram miliknya, pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa sebak apabila mengenang perjalanannya menjadi seorang ibu melahirkan anak sulungnya enam bulan lalu.
Uqasha berkata dia berasa sangat bersyukur dapat merasai dan mengharungi fasa itu dengan baik.
Tiba-tiba rasa sebak sangat-sangat, tak sangka Qasha dan lalui mengandung sembilan bulan.
Semua rasa apa itu sakit melahirkan, berpantang dan membesarkan anak sampai dah masuk enam bulan anak ibu.
Dalam pada itu. Uqasha sempat berpesan kepada para suami untuk sentiasa menghargai isteri dan setiap pengorbanan yang dilakukan oleh isteri mereka.
Kepada semua suami, hargailah isteri anda. Besar pengorbanan isteri yang besarkan anak tanpa pertolongan sesiapa hingga tak cukup tidur.
Sekadar info tambahan, Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April yang lalu.