Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kenyataan Zul Ariffin Mengenai Selfie Fitnah Semata-mata – Zahirah Macwilson

Pelakon Zahirah Macwilson mengakui rasa terkejut dengan pendedahan Zul Ariffin bahawa antara punca mereka berpisah ialah sikap Zahirah yang tidak sensitif. Zul memberitahu, Zahirah dilihat berselfie di dalam masjid kira-kira 20 meter dari jenazah ibunya yang pergi menghadap ilahi Disember lepas.

Zul juga memberitahu hubungan mereka telah lebih sebulan putus dan dia memaafkan Zahirah, namun begitu tidak dapat meneruskan hubungan dengan jelitawan itu.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Kepada Astro Gempak, Zahirah memberitahu kenyataan Zul ialah suatu fitnah:

Saya terkejut membaca kenyataan Zul. Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus?

Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu.

Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya. Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil. Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada.

Advertisement

Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja.

Zahirah juga mendakwa ia bukan punca sebenar hubungannya dengan Zul putus, sebaliknya dia merahsiakan sebab sebenar kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa:

Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah?

Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa. Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini.

Apa yang berlalu, biar berlalu kerana saya mahu terus maju memandang apa yang ada di hadapan serta memberikan fokus kepada karier selepas ini.

Zahirah mendapat sokongan pengikut di Instagramnya dan hasratnya untuk fokus kepada kerjayanya mungkin ialah satu keputusan terbaik. Drama terbaru Zahirah bergandingan dengan Syafiq Kyle, Tak Ada Cinta Sepertimu berjaya mempopularkan Zahirah di kalangan peminat drama tempatan.

Zul dan Zahirah mulai rapat dan bercinta setelah membintangi sebuah drama di mana Zahirah ialah seorang pelakon pembantu di samping Zul yang merupakan pelakon utama sekitar tahun 2015. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. Anonymous

    April 15, 2018 at 8:26 pm

    Mak ZA meninggal bulan Disember baru skrg nak declare break sbb ZM selfie dekat jenazah?
    Come onnnn…. x masuk akal.
    ZA tu hormat sangat lah kat arwah Mak dia bila dia pegang and raba pompuan2 yg berlakon dgn dia. Bertahun2 dgn Gaya n ZM tapi x pulak kahwin2…so irresponsible.

  2. Aku

    April 15, 2018 at 6:46 pm

    Kapel dengan Shafiq Kyle sudaa. Baru sepadan.

  3. Miyuki

    April 15, 2018 at 5:21 pm

    Cuba korang perati cara zul jawab wartawan, berlagak, poyo sangat.dulu minat dia dalam titian cinta, but.. well , now no more, he dont deserve it..x gentelman langsung.bukan body je kena hebat, peribadi pun kena hebat.lelaki kalau boleh burukkan ex girlfriend hmmm..just let him go la bebeh.zahirah will shine bright like a diamond! Kurangkan kontrovesi sayang, kontrovesi dengan hazran( syafiq kyle) je boleh tau. Tak boleh move on dgn TACS ?..

    Apasal bandingkan lopah dengan ira ni? Jauh panggang dari api.zahirah duduk australia, elok je cakap melayu,x ada berbelit lidah aku tgk,nelopah yang duk kelantan tu nak slang2 hahaha busuk sangat jah! Menyampah!

  4. Miyuki

    April 15, 2018 at 5:20 pm

    Cuba korang perati cara zul jawab wartawan, berlagak, poyo sangat.dulu minat dia dalam titian cinta, but.. well , now no more, he dont deserve it..x gentelman langsung.bukan body je kena hebat, peribadi pun kena hebat.lelaki kalau boleh burukkan ex girlfriend hmmm..just let him go la bebeh.zahirah will shine bright like a diamond! Kurangkan kontrovesi sayang, kontrovesi dengan hazran( syafiq kyle) je boleh tau. Tak boleh move on dgn TACS ?..

    Apasal bandingkan lopah dengan ira ni? Jauh panggang dari api.zahirah duduk australia, elok je cakap melayu,x ada berbelit lidah aku tgk,nelopah yang duk kelantan tu nak slang2 hahaha busuk sangat jah! Menyampah!

    • Anonymous

      April 15, 2018 at 7:22 pm

      eng 1word sambung royak kelate… buruk bunyi.. ckp penuh 1ayat eng pon tak reti.. jenis tak reti malu plak tu nk jgk berlakon ckp selit eng bunyi longkang…

  5. Noname

    April 15, 2018 at 4:37 pm

    Muda x semesti x matang..
    Tua blum tentu caring …
    Western grown up x gedik mana pn
    Typical malay mmg prasan bagus n egoistic..
    You should find the right man
    Org yg lps tgn when there s problem
    Elok ditinggalkn sebelum worse become worst..
    Hargai lah diri anda sendiri Zahirah ..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama