Terasa macam CNN pulak bila bercerita tentang gosip Waheeda, Maiza dan Akhil Hayy nie. Sana-sini ada info dan maklumat terkini. Yang pastinya semalam kami terlepas pandang kenyataan Waheeda tentang hal ini dalam Berita Harian.
Sila baca apa yang dikatakan oleh Waheeda dengan teliti dan buatlah penilaian anda sendiri:-
[note]Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu[/note]
Komen Kami: Nampak macam ada sesuatu yang tersangat penting kita tidak tahu mengenai Maiza nie. Mungkinkah ini hanya sekadar satu ugutan atau memang betul ada benda yang sangat memalukan tentang Maizawati Zainal sampai Waheeda pun tak sanggup nak dedahkan?
Bila ditanya sanggup tak bersemuka dengan Maiza, Waheeda pun jawap macam kat bawah nie:-
[note]Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya. Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?[/note]
Komen Kami: Terasa macam kat wrestling pulak. Yang wrestler utamanya(Akhil Hayy) tak kuar lawan lagi, tapi awek-awek si wrestler lelaki tengah lawan-lawan cakap sesama sendiri. Tapi ayat Waheeda nie memang sempoi. Siap tanya berani ke bersemuka tue. Memang yakin betul dia tak bersalah nie.