Kenyataan Siti Kassim Mahu Haramkan Sekolah Tahfiz Ditentang Dr Ahmad Sanusi

Trending

Kenyataan Siti Kassim Mahu Haramkan Sekolah Tahfiz Ditentang Dr Ahmad Sanusi

Kenyataan daripada peguam Siti Kassim sekali lagi mencetuskan kontroversi ketika menyentuh mengenai isu pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi ketika ini. Sebelum ini, satu lagi kemalangan maut berlaku yang melibatkan pemandu mabuk kembali membangkitkan kemarahan orang ramai.

2 years lalu

Akibat Pemandu Mabuk, Nyawa Seorang Lelaki Tergadai

Advertisement

Siti Kassim kemudian membangkang cadangan untuk menggantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia menegaskan peningkatan kes tersebut disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman beralkohol itu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.”

Pandangan Siti Kassim kemudiannya ditentang oleh Dr Ahmad Sanusi yang memuatnaik maklum balas pendapat itu di Facebook miliknya. Di dalam perkongsian itu, dia menentang cubaan menyamakan isu ini dengan isu pentadbiran di sekolah tahfiz seperti yang dihujahnya.

1. Ketika memberikan komentar tentang desakan rakyat agar arak diharamkan, Siti Kasim dilihat cuba mengalihkan isu dengan menyalahkan sekolah Tahfiz. Kata Siti Kasim:

Advertisement

“Alcohol is not the problem. The irresponsible drinkers are the problem. Just like the Tahfiz schools are not the problem. It is the management that managed the schools are the problem. You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children.” (FB Siti Kasim).

2. Ini adalah satu falasi yang jelas bahkan bertentangan dengan syarak. Al-Quran secara tuntas menerangkan bahawa arak adalah minuman yang membawa keburukan. Bagaimana Siti Kasim boleh mengatakan arak bukan satu masalah sedangkan al-Quran menafikannya. Adakah Siti Kasim cuba mempertikaikan al-Quran?

tahfiz

Gambar hiasan

3. Kesalahan kedua dilihat apabila Siti Kasim cuba menyamakan kelemahan pengurusan Sekolah Tahfiz dengan mudarat yang dibawa oleh pemabuk. Analogi atau perbandingan yang dibawa Siti Kasim ini menampilkan falasi yang sangat jelas. Mudarat arak telah disahkan di dalam al-Quran sedangkan kelemahan pentadbiran boleh diperbaiki. Pemabuk arak pula dalam banyak kes melibatkan kematian sedangkan kelemahan pentadbiran tahfiz jarang kedengaran melibatkan nyawa.

4. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO-World Health Organization) sendiri mengesahkan bahawa tiada paras yang selamat buat minuman beralkohol. Ia langsung tidak boleh disamakan dengan kelemahan pentadbiran yang boleh diperbaiki dengan latihan pengurusan dan jalan lain.

pemandu mabuk

Gambar hiasan

Agak menghairankan bagaimana analogi begini dikeluarkan oleh orang yang berpendidikan. Atau apakah golongan liberal begitu anti dengan Maahad Tahfiz sehingga disamakan dengan keburukan pemabuk arak?

5. Jangan langsung disamakan isu pentadbiran Maahad Tahfiz dengan kemudaratan arak. Inilah bahana kerangka pemikiran liberal yang begitu lantang mempertahankan hak arak sehingga dilihat memandang rendah institusi pendidikan Islam.

Semoga Allah membimbing kita.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...