Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kenyataan ‘Sendu’ Rendahkan Martabat Artis, Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot DSV

Kenyataan Datuk Seri Vida yang mengatakan penajaan program Gegar Vaganza dibuat semata-mata ingin menaikkan nama artis ‘sendu’ yang sudah tidak laku mengundang rasa marah dikalangan penggiat industri muzik tempatan kerana seakan merendahkan-rendahkan martabat artis.

Advertisement

Istilah yang agak ‘kasar’ itu membuatkan ramai yang terasa hati, antaranya ialah penyanyi Noraniza Idris yang kecewa apabila rakan-rakannya dilabel seperti sudah terdesak untuk menyertai program tersebut.

Persatuan Karyawan Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh komposer Damian Mikhail turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan DSV. Tidak adil untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu hanya kerana beliau berbalah dengan Aishah yang merupakan juara Gegar Vaganza 4.

Advertisement

Malah, DSV juga mendapat kepentingan daripada program tersebut dimana sebagai penaja, tentu sekali Gegar Vaganza membantu melariskan lagi produk beliau.

Rata-rata netizen juga berpendapat apa yang dikatakan oleh DSV agak melampau sedangkan Aishah memang sudah dikenali sebagai penyanyi lagenda dan aktif menyanyi di New Zealand sebelum ini.

Difahamkan, hari ini DSV akan mengadakan satu sidang media khas mengenai tuntutan yang dikemukan oleh Aishah. Sama-sama kita nantikan, adakah beliau akan memohon maaf ataupun isu ini akan terus berpanjangan.

Kredit Foto : Eizairi Shamsudin

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 Comments

  1. Anonymous

    October 9, 2018 at 7:30 pm

    Makcik bodoh

  2. taksendu

    October 9, 2018 at 5:30 pm

    ha padan muka stesen2 tv yang terhegeh sangat nak dia ni sponsor. Dia igt dia besaq sgt dah la

    • Elliza Razak

      October 9, 2018 at 7:48 pm

      MINTA PIHAK SALURAN TV3 DAN ASTRO MEMBOIKOT DSV HABIS-HABISAN!

  3. sepaun

    October 9, 2018 at 4:46 pm

    Artis2 yg dia ckp ‘sendu’ & program2 utk artis2 ‘sendu’ tu jg la yg tolong UPkan produk2 DSV yg ‘sendu’ & tiada kualiti tu..

  4. unknown

    October 9, 2018 at 4:41 pm

    kengkonon nak jadik artis, femes.. sama la ngan c alep syukri tu.. founder product lain xde tergedik2 macam 2 makhluk nih..

  5. kak bawang

    October 9, 2018 at 2:58 pm

    habisss lah kau gemok …kau lupa ka artis jugak yg promot kau,kau yg senduuu,dah la hutng keliling lemak perot,suka kencing pulak tuu …mmmm habis lahh

Loading...
To Top