October 9th, 2018

Kenyataan Datuk Seri Vida yang mengatakan penajaan program Gegar Vaganza dibuat semata-mata ingin menaikkan nama artis ‘sendu’ yang sudah tidak laku mengundang rasa marah dikalangan penggiat industri muzik tempatan kerana seakan merendahkan-rendahkan martabat artis.

Istilah yang agak ‘kasar’ itu membuatkan ramai yang terasa hati, antaranya ialah penyanyi Noraniza Idris yang kecewa apabila rakan-rakannya dilabel seperti sudah terdesak untuk menyertai program tersebut.

Persatuan Karyawan Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh komposer Damian Mikhail turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan DSV. Tidak adil untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu hanya kerana beliau berbalah dengan Aishah yang merupakan juara Gegar Vaganza 4.

Malah, DSV juga mendapat kepentingan daripada program tersebut dimana sebagai penaja, tentu sekali Gegar Vaganza membantu melariskan lagi produk beliau.

Rata-rata netizen juga berpendapat apa yang dikatakan oleh DSV agak melampau sedangkan Aishah memang sudah dikenali sebagai penyanyi lagenda dan aktif menyanyi di New Zealand sebelum ini.

Difahamkan, hari ini DSV akan mengadakan satu sidang media khas mengenai tuntutan yang dikemukan oleh Aishah. Sama-sama kita nantikan, adakah beliau akan memohon maaf ataupun isu ini akan terus berpanjangan.

Kredit Foto : Eizairi Shamsudin


38 responses to “Kenyataan ‘Sendu’ Rendahkan Martabat Artis, Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot DSV”

  1. Ariana says:

    Inilah natijahnya apabila sebelum lidah mengeluarkan kata kata tanpa berpikir!

    Rasulullah SAW ada bersabda: “Dan tidakkah nanti seseorang akan diseret ke neraka dengan wajah-wajah mereka (di tanah), hukuman Allah S.W.T. karena lidah-lidah mereka”. (HR. At Tirmidzi, Ibnu Majah & Al hakim).

  2. Rommi Suewarti Masjoko says:

    Saya dari indonesia, saya minat sgt sama itu mbak vida tapi kalau dkt indo pangkat Datuk Seri dia ngak laku donn..jgn begitu seh mbak vida ngak mcm kalian bayangkan, aku ada teman seh yg berkerja sama mbak vida tapi biarlah rahsia seh hanya aku sama teman aku saja yg tahu.. :-)

  3. LIN says:

    DIA MANA AISHAH SEBELUM GV??????SO WHAT??? GV TU BUKAN PROGRAM KAU VIDA…DIA DAH RASA DULU GLAMOUR TU DARI KO…Money Can’t Buy You Class

  4. mak c kina says:

    silap2 karyawan anta surat saman..padan muka ko

  5. Penggiat sukan termasuk Dato Lee Chong Wei serta bekas penggiat sukan macam Alex Yoong pun harus turut serta memboikot DSV sekali!

Loading...