Kenyataan Saya Tentang Cukai Telah Diputar Belit – Nora Danish

Hiburan

Kenyataan Saya Tentang Cukai Telah Diputar Belit – Nora Danish

Dikecam oleh rakyat Malaysia kerana kenyataan beliau yang  mencadangkan agar selebriti diberikan pelepasan cukai bagi menampung perbelanjaan mereka untuk tampil lebih menarik, pelakon Nora Danish telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

nora-1

Advertisement

Menurut Nora, kenyataan beliau itu sudah diputar belit oleh sesetengah pihak. Nora bukan ingin menghapuskan bayaran cukai buat golongan artis tetapi  hanya meminta sedikit pelepasan sahaja kerana faktor kerjaya seorang artis yang sentiasa harus kelihatan menarik.

nora-2

kenyataan Nora sebelum ini

Bukan apa, dalam waktu sekarang, kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. Jadi ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami.

Kalau boleh, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan khalayak.

nora-3

Ermmh, kami pun tidak mahu komen lebih mengenai isu cukai ini kerana ia melibatkan banyak pihak. Kadang-kadang mungkin lebih baik untuk kita tidak terlalu terbuka mengenai sesuatu perkara ataupun ingin mencadangkan sesuatu yang isunya agak sensitif.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...