Pendapat bodoh yang anda muat naik ke Internet akan wujud di Internet buat selamanya kerana wujudnya fungsi screen capture. Hari ini, seorang penjaga taska dikecam kerana memuat naik satu status WeChat menggelar salah seorang anaknya yang dijaganya di taska sebagai monyet sambil menggelar ibu bayi itu babi kerana mengikat seluar anaknya dengan getah.
Jangan fikir identiti anda itu mudah disorokkan, kerana tentera media sosial mampu mengesan anda bila-bila masa. Gadis yang memuat naik status tersebut telah berjaya dikesan oleh Netizen dan hasilnya, Facebook beliau telah diserang dengan maki hamun oleh pengguna Facebook. Apatah lagi dia telah memuat naik status di Facebook menyatakan status yang ditulis di WeChat itu hanya perkara kecil dan tidak perlu diviralkan.
Macam minta dimaki pula status sebegitu. Tambahan pula, gadis ini yang menggunakan nama Deklu She’bai di Facebook meletakkan dirinya berstatus ‘Married’ pada seorang pengkid.
Mungkin tidak tahan dengan serangan Netizen, dia telah menyahaktifkan akaun Facebooknya namun akaun keduanya Deklu Leyoo masih wujud, kerana ia masih belum diserang.
Diharap kamu mendapat pengajaran dari perkara ini. Lain kali kalau ada pendapat yang sengal, sila simpan saja tak perlu diberitahu satu dunia, okay?
Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015