Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Diana Danielle ada membuat kenyataan pendapat mengenai isu harga rumah yang tidak masuk akal dengan saiznya seperti kotak kasut di Malaysia.
Diana juga berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk membeli emas berbanding rumah kerana harganya yang begitu mahal.
Susulan itu, seorang perunding hartanah tampil membidas kenyataan pelakon itu dan menzahirkan rasa tidak setuju dengan kenyataan Diana Danielle itu.
Jelas individu itu, rumah adalah satu keperluan asas yang boleh dijadikan sebagai satu aset dan juga pelaburan jangka panjang.
Saya nak tambah sikit rumah besar kotak kasut, tapi harga separuh juta pada tahun 2024. Boleh awak bayangkan lepas tahun 2030? Besar kotak tisu tapi harga dah juta? Possiblity it will happen. Sebab apa? Saya bagi contoh lah.
Dulu nilai RM50 besar kan. Boleh beli macam-macam tapi sekarang RM50 boleh beli satu-dua benda saja.
Katanya lagi, untuk menunggu harga rumah turun juga seakan-akan mustahil dan dia juga turut menerangkan perbezaan antara emas dan liabiliti.
Maaf Diana Danielle, berpelajaran tidak semestinya awak pakar dalam sesuatu bidang. Saya tak setuju dengan kenyataan awak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.