Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kenyataan Rizman Ruzaini Seolah Berbaur Penghinaan Kepada Natasha Hudson, Pengasas Produk Kesal Dengan Komen Balas

Natasha Hudson

Jika sebelum ini pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini meluahkan perasaan terkejut kerana tidak menyangka gaun terdedah di bahagian bahu rekaan mereka telah digayakan oleh Natasha Hudson yang berhijab sepenuhnya itu dan ianya seperti telah mencalarkan imej dan reputasi mereka.

Natasha Hudson

Advertisement

Namun begitu, timbul pula perasaan kurang senang buat rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Nor Shahlina Abu yang beranggapan personaliti fesyen terkenal itu seolah-olah telah ‘menghina’ dan menghentam Natasha kerana memakai baju tersebut dalam keadaan bertudung.

Menurut Nor, sebagai pereka fesyen terkenal, mereka tidak sepatutnya melatah dengan menghentam balik tidak kira siapa pun yang memakai busana tersebut.

Natasha HudsonSumber : Instagram Natsha Hudson  
Natasha HudsonSumber : Instagram Natasha Hudson  

“Rekaan baju yang dianggap kontroversi kerana kononnya mendedahkan bahagian bahu dan betis Natasha berlapik. Ia ada ‘lining’ dan bukannya ‘bare shoulder’. Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah-olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara. Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghentam dan menghina.”

Tambahnya lagi, Rizman Ruzaini sepatutnya bersikap neutral dan lebih menghormati pembeli baju (merujuk kepada dirinya). Ujar Nor lagi, baju itu dibeli dengan duit bukannya dengan air liur jauh sekali ditaja.

Rizman RuzainiSumber : Google  

Terdahulu, Rizman Ruzaini meluahkan rasa kesal apabila busana gaun putih yang terdedah di bahagian bahu itu dipakai oleh selebriti bertudung iaitu Natasha Hudson. Tindakan pelakon itu menurut Rizman telah mencalarkan imej dan reputasi yang dibina mereka sejak 15 tahun yang lalu.

Untuk rekod, pada Selasa lalu, Natasha Hudson,38, dilihat telah tampil menggayakan gaun putih itu ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White dan turut mendapat perhatian warga maya apabila baju itu seolah-olah menampakkan sebahagian bahu pelakon cantik itu.

SUMBER : Gempak.Com
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. FIFI

    January 7, 2021 at 2:32 pm

    of course la marah. sbb dia designer. Mst orang akan fikir, dia design baju utk natasya hudson. ingt smua netizen blh berfikir secara waras ke musim2 covid ni. Smua org akn tertanya, siapa designer baju ni. Pastu bila tau RR yg bt, org shoot RR pula. Ko hengat tak jenuh nak explain kt sorang2 psl bnda ni. Huh aku pn stress bila bca. Yg bck up NH tu udah2 ler, Ko nk gunakan NH je untk kepentingan bisnes ko. SBB TU BAIK PUNYA JILAT KAN. BNDA HARAM tetap HARAM, DIRI SDRI PON TAK BTUL. KLU RSA BTL, PEGIs LA MINTA PNDGN USTAZ/.USTAZAH. slagi bnda mndtgkn fitnah, mmg hukumnya haram. tak kisah la ada lining kat tengah ke. corak2 ke. sbb warna skin color mmg tak blh dipakai

  2. Anonymous

    January 7, 2021 at 1:29 pm

    sy setuju dgn teguran yg diberikan. wpun berlapik tp menerupai warna kulit. ambik iktibar tp sebgai artis klu berilmu dan beramal akan menentang perkara2 yg krg baik….jgn ditindas oleh org lain. ditindas dlm kontek berpakaian oleh penaja. ingat rezeki milik Allah…..

  3. brunes

    January 7, 2021 at 1:23 pm

    publisiti saja, minah2 gila dan miskin saja yang desperate saja yg berani timbulkan kontolbesi macam ni..

  4. amy

    January 7, 2021 at 11:34 am

    betul la apa yang rizman ruzaini ni cakap. sebab setahulah rizman ruzaini ni punya style dia akan design baju ikut kepada personaliti si pemakai tu. masa bc rizman ruzaini yang design iols pun cm pelik takkan designer tak tahu yang nak pakai ni muslimah bertudung. bila baca berita ni baru faham situasi sebenarnya.kalau iols jd designer tu pun marah of koz nak backup diri kan sbb nama dah tercalar.nampaklah founder dgn natasha sendiri yang tak peka asal boleh asal cantik.

  5. Leylla Elsken

    January 7, 2021 at 11:00 am

    Excuse me? ada lining dan berlapik?? OMG! lining nmpk mcm jarang kot. Cannot brain!
    Of course if the designer know your model for this gaun is muslimah and bertudung, maybe he will not come out the design like this!

    • Zioe

      January 7, 2021 at 1:42 pm

      Kan….bila urat otak dah putus….mmg asal dann je

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top