Kenyataan Rizalman Tentang Zizi Kirana Undang Perdebatan Netizen – “Apa Aku Kata Tentang Mahram? Paham Ka Dak?”

Hiburan

Kenyataan Rizalman Tentang Zizi Kirana Undang Perdebatan Netizen – “Apa Aku Kata Tentang Mahram? Paham Ka Dak?”

Perkongsian pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, di Instagram mencetuskan perdebatan selepas beliau mengaitkan soal mahram dengan aktivis kemanusiaan Zizi Kirana dan PU Rahmat yang kini berada dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.

Dalam hantaran di Instagram Story, Rizalman memuat naik tangkap layar mesej peribadi (DM) daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa Zizi dan PU Rahmat telah ‘ditangkap’ ketika menyertai misi flotila kemanusiaan di perairan Gaza.

Advertisement

rizalman

Sebagai respons, Rizalman menulis ringkas:
“Apa aku kata tentang mahram?”

Tidak terhenti di situ, beliau turut memuat naik hantaran lain yang berbentuk nasihat mengenai kepentingan wanita ditemani mahram dalam apa jua perjalanan.

Rizalman

Mana-mana perempuan pun kalau ditemani oleh mahramnya… dia tak akan berani buat benda tak elok. Sebab mahramnya (bapa/abang/adik/suami) akan menasihati sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

Hatta ambil ubat di klinik sekalipun kerana bisikan qarin itu sentiasa ada bersama kita walaupun perjalanan ke tempat tujuan itu aman. Paham ka dak?

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada warganet. Ramai yang menyifatkan kenyataan Rizalman sebagai tidak sensitif, apatah lagi ketika para aktivis termasuk Zizi dan PU Rahmat sedang berdepan ancaman keselamatan selepas kapal mereka dipintas tentera Zionis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

netizen
2025-10-02 13:53:33

"Yang Kapiaq Pun Dok Berjuang, Artis Kita Siap Jadi Duta, Berkempen Produk Isr*el" - Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...