Kenyataan Penuh Malique Tentang Pengharaman Lagu Bawaku Pergi

Hiburan

Kenyataan Penuh Malique Tentang Pengharaman Lagu Bawaku Pergi

Abang Nara masih tidak berapa pasti sama ada lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan ini sudah diharamkan atau belum. Namun Malique selaku pencipta lagu ini sudah pun mengeluarkan kenyataannya berhubung isu ini. Ternyata Malique amat kecewa dengan apa yang sedang berlaku.

bawaku pergi diharamkan

Advertisement

Di bawah ialah kenyataan penuh Malique:-

Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique sudah luahkan isi hatinya. Kalau benar lagu ini sudah diharamkan, marilah kita sama-sama tunggu penjelasan daripada pihak yang mengharamkannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

416 Comments

  1. sunflower

    May 7, 2012 at 3:39 pm

    persepsi itu subjektif. tapi adalah tidak adil mengharamkan lagu tempatan dan pada masa yang sama lagu barat yang terang-terang mempunyai mesage negatif dibiar bersiaran dgn alasan mereka “orang barat”. kalau betul nk jaga, ban semua. baru adil. teringat lagu awie rafael yang kena tukar lirik inggeris ke bhs melayu sepenuhnya atas alasan takut merosakkan bahasa. tp lagu My Heart tu bersiaran asesuka hati walhal sebutan bhs inggerisnya jauh lebih buruk. sy cuma pendengar biasa. bukan artis atau penggiat seni. tp sy kesian pd artis tempatan yg selalu didiskriminasi sebegini.

  2. bloodskin

    April 26, 2012 at 4:12 pm

    kerjaan malaysia ni terok kan…. lirik lagu yg elok mcm ni pon nk ban. padahal byk filem2 melayu yg lbih terok drpd lirik lagu ni macm filem klip 3gp tu. hisshh, plik aq

  3. mff

    April 24, 2012 at 4:30 pm

    just shut up, listen and enjoy the song.
    yang tak faham, layan je,
    yang faham, diam je.

  4. ton2

    April 22, 2012 at 1:22 am

    salam sume….malique nie ade lah seorang penulis lirik yg mempunyai maksud yg sgt2 mendalam…..
    klau die mention “A”….maksud die xsemestinye A…..klau korang xpat nk rungkai langsung maksud sebalik setiap lagu die…
    xpyh nk blagak hebat….

  5. lu'lu

    April 18, 2012 at 10:20 pm

    lagu/filem orang putih ajak seks bebas party haram semua bagai tak di ban konon orang melayu ramai yang bodoh tak pandai english…tapi ramai yang bodoh tuh la ikut apa yang lagu english tu cakap … bila lagu/filem melayu buat unsur2 sensitif sikit je ramai yang kritik bukan2 tuduh menuduh…santai je kowt lagu bawaku pergi..si bodoh mana yang jadi bodoh nak ikut lagu melayu yang memang difahami oleh orang melayu?? asal tahu mana baik mana buruk , letak ape pun sensitif just dengar , tengok , dan abaikan..kalau tak suke, takyah dengar lagi..senang kan??

Loading...