Kenyataan Penuh Malique Tentang Pengharaman Lagu Bawaku Pergi

Hiburan

Kenyataan Penuh Malique Tentang Pengharaman Lagu Bawaku Pergi

Abang Nara masih tidak berapa pasti sama ada lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan ini sudah diharamkan atau belum. Namun Malique selaku pencipta lagu ini sudah pun mengeluarkan kenyataannya berhubung isu ini. Ternyata Malique amat kecewa dengan apa yang sedang berlaku.

bawaku pergi diharamkan

Advertisement

Di bawah ialah kenyataan penuh Malique:-

Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique sudah luahkan isi hatinya. Kalau benar lagu ini sudah diharamkan, marilah kita sama-sama tunggu penjelasan daripada pihak yang mengharamkannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

416 Comments

  1. rinda

    April 17, 2012 at 1:59 pm

    Lagu yang perlu diharamkan atas sebab pecahan masej yang boleh ditafsirkan secara negatif..sungguhpun penulis memikirkan ianya positif namun pembacaan negatif banyak mengukur dan melindungi setiap kebebasan individu sebagai hak kolateral secara tetap semasa mendengar secara lisan..dapatkan kebenaran majlis fatwa jika mahu teruskan. cubalah kalau berjaya! Jangan pentingkan diri sendiri dengan membuat keputusan menyalahkan kerajaan atas kesalahan diri sendiri. Unsur luaran memainkan peranan penting untuk memberikan kesan negatif kepada anak muda sekarang. bolej jadi anak gadis anda atau bakal anak gadis anda yang lari suatu masa kelak. Take note!

    • Anonymous

      April 18, 2012 at 10:27 pm

      kalau nak ban, ban sekali dengan lagu orang putih…baru ada keadilan..mungkin penulis lagu nie cuba pertikaikan dalam kenyataan pengharaman lagu bawaku pergi .. tiada langsung keadilan jika nak ban lagu bawaku pergi dengan alasan lagu negatif.. tak payah lagu, orang putih yang mengaku anti agama islam , lagu kutuk2 islam pon boleh masuk malaysia(TANAH MELAYU YANG BERMAJORITI ISLAM) jadi juara carta radio melayu.. tiada langsung keadilan jika sekadar ‘berunsur negatif’ di pertikaikan..

  2. Tambirikik

    April 16, 2012 at 1:18 am

    Lagu ni dibuat inspired by malique’s dream of his perfect holiday with his family. Inspired, faham tak? Jangan nitpick sgt pasal lirik lagu ni..kalau nitpick, memang takkan nampak mcm gaya seorang husband nak pi bercuti dgn bini dia. Korang ni pun satu laa..

    Lagi satu, lagu ni macam mockery to those girls yang dok cepat je nak lari dari rumah bila segalanya tak dipenuhi, atau dah gatai poen bila dpt boyfren. Mak bapak selama ni dok jaga dgn elok2, dlm masa yg singkat je korang girls leh decide nak cabut ikut jantan. Kalau kaorang selama ni terer sgt detect sarcasm dalam internet forum, kenapa sarcasm dlm lagu ni takleh nak detect?

  3. arielputra

    April 15, 2012 at 12:10 am

    manusia d ciptakan tuhan adalah dgn sebaik2 kejadian…..dikurniakan akal fikiran yg sempurna utk berfikir….klu stakat dgar lagu pastu nk bwak lari anak dra org….rsa cam kolot sgtla ‘fahaman’ tu…..benda nie kta kna kaji dr smua aspek jgak….x mgkin smata2 dgar lagu jer bdak tu nk lari dari umah…mna ada manusia smpurna atas mka bumi Allah nie….attitude kta tu adalah dri kta yg sbenarnya….aku pn kdg2 gelong jgak….x pyah nk tggu dgar [email protected] movie bru nk p buat jahat….sndiri mau ingat la kan…apa yg pnting adalah ‘nawaitu’ kta….yg baik tu dr Allah….yg buruk tu dr dri kta sndiri….muzakarahla elok2…jgn gduh2!! peace!!!

  4. Hawa

    April 13, 2012 at 10:41 am

    senang citer…xpyh la nk menuding jari pada sape2
    pokok pangkalnyer diri sndri….
    kalo dgr nasyid pun ada ker sume tu bdk baik????
    bdk2 yg dgr ngaji pun ada yg lari dr umah…bg diorg stakat dgr xjd apapun
    kalo azan tepi telinga skali pun diorg xheran
    inikan lagu …pikir la sendiri….
    bg korg2 sume yg dgr lagu tu…ada ker korg rasa nk lari dr umah???/or nk bwk lari ank dara org????
    tpuk dada tnya hati ok

  5. sebok ar nak tau nme

    April 11, 2012 at 3:42 pm

    Due2 salah ar..pakcik tu slh.pencipte lagu ni slh
    anak2 takkn lari tanpe sebab ar
    lagu ni pn lirik cam pelik ar
    Gadoh la mulot, masalah remaje lari dr rumah kat negare kite ni akan makin kurang dengan sendirinye.
    Sekian trime kasih

Loading...