October 17th, 2012

Wow. Sungguh Abang Nara tak sangka kenyataan berkawan secara serius oleh Hans Isaac memberikan impak yang begitu hebat sekali kepada Neelofa. Sampai mengundang situasi yang tidak terkawal ke atas diri Neelofa. Kesian pulak Abang Nara kat Neelofa.

lofa

Kata Neelofa kepada Utusan Malaysia hari ini:-

Kenyataan Hans yang mengatakan kami sedang berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas diri saya. Sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham. Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dia jawab, sebab dia di pihak lelaki.

Abang Nara cuba mengagak apakah situasi tidak terkawal yang dikatakan oleh Neelofa ini. Namun minda genius Abang Nara tidak dapat memberikan apa-apa andaian. Apa pun Abang Nara suka dengan istilah “berkawan serius”. Semoga istilah ini akan dapat digunakan oleh artis lain untuk menggantikan istilah “teman tapi mesra”.

P.S: Basikal diperbuat daripada kadbod. Genius!!!


74 responses to “Kenyataan Hans Isaac Undang Situasi Tidak Terkawal – Neelofa”

  1. Ice says:

    Aku rasa mamat nie yg perasan lebih…..mcm kes ngan era fazira dulu…lepas tu menangis…..hahahaha….

  2. ... says:

    hans telah menimbulkan situasi tidak terkawal???maknanya dulu situasi terkawal lah yek…patut laa gelabah semacam jek…nak mengiya tidak nak menidak pun tidak…haisshh lopa lopa lopa…mengaku je lah habih citer…

  3. harimau langit says:

    kecoh neelopak.. ko blakon bkannya best sangat pun.. harap gosip ko je lebih..

  4. suke baca gossip says:

    Neelofa mengakui selesa dengan Hans
    Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
    [email protected]

    NEELOFA

    PETALING JAYA – Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, mengakui selesa berkawan dengan aktor terkenal, Hans Isaac, 41, yang disifatkannya antara rakan rapat yang sentiasa dihubungi jika ada kelapangan.

    Pengacara rancangan Nona terbitan TV3 itu menjelaskan, Hans merupakan kawan lelakinya yang akan dihubungi apabila tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

    Justeru Neelofa tidak menafikan memang ada keluar bersiar-siar dengan aktor itu jika ada masa terluang.

    “Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan apa-apa tetapi Hans adalah kenalan rapat saya antara beberapa kawan yang saya ada,” jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar Anugerah Skrin 2011 di Mutiara Damansara di sini semalam.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini – PROPA LAGI………SELESA LAH PLAK

  5. dia says:

    takut bila baca komen2 di atas nee. dah dunia retis mmg camtu. kena propar kalau nak keluar sesuatu produk (drama/filem/album/duta produk). tp kalau diorang berkawan pom apa salah coz dua2 single. janji tak runtuhkan masjid org lain. nee tak, saya kenal ngan sipolan setelah dia menjanda/menduda. walhal dah skandal lama. yg mcam tu nampak baek lak yee.

Loading...