Kenyataan Hans Isaac Undang Situasi Tidak Terkawal – Neelofa

Hiburan

Kenyataan Hans Isaac Undang Situasi Tidak Terkawal – Neelofa

Wow. Sungguh Abang Nara tak sangka kenyataan berkawan secara serius oleh Hans Isaac memberikan impak yang begitu hebat sekali kepada Neelofa. Sampai mengundang situasi yang tidak terkawal ke atas diri Neelofa. Kesian pulak Abang Nara kat Neelofa.

lofa

Advertisement

Kata Neelofa kepada Utusan Malaysia hari ini:-

Kenyataan Hans yang mengatakan kami sedang berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas diri saya. Sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham. Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dia jawab, sebab dia di pihak lelaki.

Abang Nara cuba mengagak apakah situasi tidak terkawal yang dikatakan oleh Neelofa ini. Namun minda genius Abang Nara tidak dapat memberikan apa-apa andaian. Apa pun Abang Nara suka dengan istilah “berkawan serius”. Semoga istilah ini akan dapat digunakan oleh artis lain untuk menggantikan istilah “teman tapi mesra”.

P.S: Basikal diperbuat daripada kadbod. Genius!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...