Kenyataan Foodpanda Adalah Pandangan Peribadi Syed Saddiq, Kata Tun Dr Mahathir

Trending

Kenyataan Foodpanda Adalah Pandangan Peribadi Syed Saddiq, Kata Tun Dr Mahathir

Sebelum ini kita semua tahu kemelut yang berlaku diantara penghantar makanan Foodpanda sehingga menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman turut sama masuk campur bagi menangani masalah ini.

Syed Saddiq turut memberi komen menerusi laman Twitter beliau dimana beliau berkata keangkuhan Pengarah Urusan Foodpanda tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Advertisement

Baca ini: Netizen lancarkan boikot Foodpanda 

Pengarah Urusan Foodpanda

Dalam Tweet beliau pada Isnin lalu, Syed Saddiq berkata, keangkuhan bukan jalan penyelesaiaan.

Sehinggalah perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menentang kenyataan yang dikeluarkan Syed Saddiq.

Tun Mahathir tentang kenyataan Saddiq

Menurut Tun Dr Mahathir, kenyataan Syed Saddiq berhubung Foodpanda Malaysia adalah pandangan peribadi beliau.

Itu pendapat dia, dia tidak bincang dalam Kabinet langsung.

Itu bukan pendirian kerajaan, mungkin dia ada sebab kenapa dia buat kenyataan itu.

Tun Dr Mahathir mengulas kenyataan Syed Saddiq yang menegaskan sesebuah syarikat boleh dijatuhkan oleh pekerja dan pengguna serta meminta masyarakat hanya menyokong syarikat yang adil kepada pekerja dan pengguna.

Mengikut skim baharu bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang, bayaran mengikut jam dimansuhkan tetapi pada masa sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.

penghantar Foodpanda

Tindakan itu memberi kesan kepada penghantar makanan yang sebelum ini menerima bayaran RM4 sejam selain mendapat bayaran tambahan jika menghantar pesanan kepada pelanggan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...