Gara-gara kenyataan Nur Fazura berkenaan penceraian yang dianggapnya ‘baru sahaja berlaku’ ketika temubual tempoh hari ketika majlis pelancaran lagu baharunya yang berjudul ‘Luar Biasa’, pelakon jelita itu dilabel ‘psiko’ oleh seorang netizen di media sosial.
Fazura yang sememangnya dikenali gemar melayan peminat di media sosial turut memberikan respon terhadap kritikan tersebut.
Dalam hantaran asal, individu itu menganggap Fazura sebagai seorang ‘alpha women’ dan ‘psiko’ gara-gara kenyataannya itu.
Aku tak kecam Fazura dan aku juga bukan peminat Fattah. Tapi cara Fazura cakap ‘baru sangat cerai’ bagi aku psycho.
Dekat sini kita boleh nampak alpha women memang Fazura. Dan Fattah sememangnya tak boleh control Fazura. Yang aku respect Fattah tak buruk-burukkan Fazura. Dan beranggapan jodoh mereka mungkin tak lama.
Fazura kemudian membalas kritikan tersebut di bahagian komen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat menganggap kritikan tersebut tidak berasas dan mempertahankan pelakon itu.
Peminat juga meminta Fazura untuk tidak melayan ‘haters’ yang cuba menjatuhkan semenjak isu perceraian menjadi bahan bualan masyarakat khususnya netizen di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.