May 27th, 2015

Surat terbuka seorang guru yang mahu dikenali sebagai “GURU XYZ” kepada Yasmin Hani baru-baru ini telah menjadi satu topik perbincangan yang hangat. Ini semua bermula apabila Yasmin Hani telah memberikan kenyataan hukuman rotan sudah tidak relevan lagi di masa kini. Ada yang bersetuju dengan pendapat “GURU XYZ”, ada yang bersetuju dengan Yasmin Hani. Masing-masing mempunyai alasan dan komentar yang tersendiri.

yasmin hani

Berkata kepada Harian Metro, Yasmin Hani memaklumkan yang kenyataan asalnya tentang isu guru merotan murid telah pun dimanipulasi pihak-pihak tertentu. Terang Yasmin Hani:-

Terkilan jadinya apabila pendapat umum saya dimanipulasi sehingga menimbulkan salah faham kepada golongan guru di negara ini. Pertamanya saya rasa tidak salah untuk mana-mana individu menyuarakan pendapat kerana apa yang saya suarakan itu bukan menghentam, mempertikai atau menghina amalam atau budaya mengajar yang dilakukan oleh semua guru.

Pendapat sebenar saya iaitu tidak bersetuju dengan budak merotan kerana ada banyak cara lebih halus boleh diamalkan dalam mengajar anak murid sudah disalahertikan banyak pihak sehingga ramai guru salah faham. Itu yang saya suarakan sebenarnya (gunakan pendekatan psikologi) tapi apabila laporan yang tersebar kelihatan seperti saya menentang dan menghentam budaya merotan, ia sudah disalahertikan oleh masyarakat.

Cuma apabila kenyataan asal saya dimanipulasi begitu, lainlah jadinya. Tak pasal-pasal saya berdepan dengan konflik ini hanya disebabkan salah faham yang berlaku. Saya amat menghormati dan mengagumi segala usaha dan keikhlasan guru-guru mendidik anak bangsa. Takkanlah sebagai ahli masyarakat dan selebriti saya menyuarakan pendapat yang memperlekehkan tugas seorang guru?

yasmin hani

Diharap dengan penjelasan dan pengakuan daripada Yasmin Hani ini, para guru tidak lagi memandang serong kepadanya. Siapalah kita ini tanpa seorang guru. Pasti akan terkontang-kanting tanpa hala tuju kehidupan. Murid-murid zaman sekarang memang banyak cekadak sehingga para guru pening nak mendidik mereka. Secara jujur, sistem pendidikan Malaysia harus dikaji semula demi membentuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
yasmin haniP.S: Dah ramai wanita Malaysia yang terpaksa jadi cantik selepas menggunakan Satin Skinz – Halal Natural ini. Wajah makin berseri-seri, gebu dan menawan. Memang fenomena sungguh. Rasanya seluruh rakyat Malaysia nanti akan jadi super duper cun melecun. Ketahui rahsianya sekarang juga di  Facebook Satin Skinz – Halal Natural dan Instagram satinskinz2u 

 


Comments are closed.

Loading...