Kentang Rebus Boleh Nyalakan Lampu?

Teknologi

Kentang Rebus Boleh Nyalakan Lampu?

Siapa dekat sini pengemar kentang? Tak kira lah kentang goreng mahupun kentang lenyek. Rasa kentang yang sangat enak ini membuatkan anda fikir ia hanyalah makanan. Tetapi tidak bagi sekumpulan sainstis yang berjaya menghidupkan lampu hanya menggunakan kentang rebus.

Advertisement

Kajian ini berjaya membuktikan bahawa kentang mampu menyalakan lampu dan bertindak sebagai bateri.

Professor Haim Rabinowitch daripada Hebrew University of Jerusalem adalah orang yang berjaya menemui cara untuk menukarkan kentang rebus kepada bateri.


Kajian oleh kumpulan professor ini menunjukkan, kentang yang direbus selama 8 minit mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk menyalakan mentol selama 40 hari. Malah, kos yang digunakan kentang adalah 6 kali lebih murah daripada minyak kerosene dan 50 kali lebih murah daripada bateri AA standard 1.5 volt.

Bahan yang digunakan untuk menjadikan kentang sebagai bateri adalah seperti 2 keping rod besi, kepingan kuprum, kepingan zink dan klip berwayar.

Macam tak percaya kan? Kentang yang kita selalu makan dalam kari ayam tu? Tapi anda boleh cuba dahulu untuk tahu anda berjaya ataupun tidak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...