“Kening & Hidung Baru” – Nampak Lain Kini, Netizen Teka Lee Kwangsoo Buat Pembedahan Plastik?

Hiburan

“Kening & Hidung Baru” – Nampak Lain Kini, Netizen Teka Lee Kwangsoo Buat Pembedahan Plastik?

Satu hantaran tular di forum The Qoo mengenai perubahan imej pelakon popular Lee Kwang-soo sejak awal kerjayanya mencetuskan spekulasi pembedahan plastik.

Netizen mula membandingkan foto lama dan terbaru pelakon itu, khususnya pada bentuk keningnya yang kini kelihatan lebih tebal dan kurang melengkung berbanding dahulu. Perubahan kecil itu dikatakan memberi impak besar terhadap wajahnya.

Advertisement

Hantaran tersebut mencetuskan perdebatan hangat. Ada yang yakin Kwang-soo menjalani prosedur kosmetik seperti pembedahan hidung atau rawatan wajah lain kerana wajahnya kelihatan lebih terperinci.

lee kwangsoo plastic surgery

Namun, ada juga yang berpendapat perubahan kening sahaja sudah cukup mengubah penampilan keseluruhannya.

Antara komen netizen, “Mungkin dia pakai braces,” “Nose job jelas sangat,” dan “Kening memang bagi beza besar, dia nampak lebih kemas dan matang.” Malah ada yang menyamakan wajahnya dengan pelakon kacak Song Seung-heon.

Walau apa pun, ramai bersetuju Lee Kwang-soo kini kelihatan lebih segak dan bergaya, sama ada hasil rawatan kosmetik ataupun sekadar perubahan gaya keningnya.

kim jongkook
2025-08-18 13:27:38

"Temui Separuh Jiwa Saya" - Kim Jongkook Umum Bakal Berkahwin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...