Baru-baru ini, satu program makan durian percuma di Kampung Sempeneh, Batu Kurau, Taiping, Perak telah menjadi tular di media sosial. Program ‘Jom Makan Durian Sampai Pengsan’ menjanjikan empat tan buah durian untuk dimakan oleh orang ramai.
Disebabkan tular, sehingga 10,000 pengunjung telah hadir ke program tersebut. Malangnya, ada yang tidak beretika mengambil durian untuk dibawa balik sehingga orang kampung terpaksa berusaha menambah sehingga 12 tan durian. Dan nampaknya bukan itu saja masalah yang ditimbulkan pengunjung di program tersebut. @_nazirulbasyir di Twitter menulis:
***Kenduri Durian***
Aku nak cerita sikit pasal perangai orang kita. Kampung aku ni boleh kata lubuk durian terbaik dan setiap kali musim, orang kampung akan buat jamuan makan durian. Tanda kesyukuran.
“Tahun pertama tak viral.”
Tahun pertama nice sebab tak viral sangat. Durian banyak tapi still habis orang kampung sendiri datang makan. Tahun kedua start sesak macam setan bila viral teruk. Orang malaysia ni dengar benda free ceruk mana pun depa cari.
Tahun ni viral lagi sebab orang kampung sediakan empat tan durian untuk jamuan ni. Dia punya ramai tu kakak aku cakap nak balik rumah dari pekan pun susah. Semua jalan masuk penuh kereta.
Kampung bukan besar mana tapi tengok berapa ramai datang.
“Tak kisah ramai datang, masalahnya ialah perangai masing-masing.“
Tak kisah pun ramai mana nak datang makan, kita terima tetamu. Yang jadi masalah perangai tu. Ya Allah aku kesian dekat orang kampung. Suruh beratur elok-elok pun tak nak. Dia nak juga serbu berebut. Takut habis katanya. Uto dia. Beruk pun boleh beratur.
“Buang sampah pun tak reti.”
Lepas tu orang kampung bukan takat sediakan durian, pulut santan air pinggan mangkuk polisterin apa semua depa sedia tapi jenis tak reti bersyukur ni, tong sampah bersepah ada pun lepas habis makan dia main campak sampah atas jalan. Yang nak kena bersihkan siapa? Anjing?
Perangai paling babi sekali bila ada yang bawa plastik besar kutip durian kutip pulut penuh plastik lepas tu lari balik tak ingat orang belakang. Yang ini ye tuan puan adalah perangai musibat untuk orang yang bergelar tetamu. Ada hang datang kenduri kawin tapau penuh tupperware?
“Maki hamun orang sebab lambat dapat durian.”
Itu satu. Perangai kedua, ada yang datang dia ingat orang akan layan dia macam VIP bagi hulur dekat dia semua benda. Bila dia dapat lambat, dimaki hamun bodoh dekat orang yang tolong bagi. Benda free datang ambik sendiri la. Ish, apa jenis setan la yang terlepas masuk kampung aku ni.
“Tahu jalan jem, nak juga bawa kereta besar.”
Perangai babi ketiga, dah tahu jalan akan jem dia nak juga masuk bawa kereta besar. Dia datang lambat bila sangkut, dia pergi hon tak ingat dunia. Tak beradab langsung. Dah la sepanjang jalan masuk tu ada rumah-rumah orang. Kebulur durian sangat sampai hilang common sense.
Aku tak tahu sampai bila orang malaysia ni nak maju kalau benda simple macam beratur, buang sampah dalam tong sampah, ucap terima kasih, hormat orang, pun tak boleh nak elok lagi. Nak didik yang tua, keras sangat dah. Yang muda pulak tengok yang tua. Sampai ke sudah tak elok.
“Jagalah adab.”
Kesimpulannya, kalau hang jadi tetamu dekat majlis apa sekalipun, jagalah adab sebagai tetamu. Kita takkan pernah suka kalau benda macam aku sebut atas tu jadi dekat kita maka janganlah dibuat pada orang lain.
Sebagai ending thread, inilah antara muka-muka otai kampung yang perah keringat dari siang sampai nak malam kutip durian nak bagi tetamu makan. Ada ramai lagi. Boleh kata satu kampung hulur tenaga nak jayakan program ni.
Dah buat jamuan, tapi tak bersyukur
Terkejut kami tadi melihat sikap orang Malaysia datang tadi. Orang kampung dah cuba beramal, orang luar pula yang biadap dan tidak bersyukur.
Berikut adalah apa yang kami nampak:
- Datang 1 keluarga tangan kosong, patutnya makan disitu tapi balik tapau 1 keluarga berbiji-biji bawak balik tak ingat orang belakang.
- Benda free, tapi datang harapan ingat orang kampung nak bagi layanan VIP sudah tentu beresak-esak korang selambe je maki hamun bodoh bagai pada orang yang memberi.
- Typical malaysia, mentaliti sampah sama macam orangnya yang berotak tong sampah, lepas makan korang buang sampah di merata-rata di kampung orang.
- Dah tau satu dunia datang, sudah tentu jalan jem, korang selambe bawak laju kemudian terkandas hon kuat-kuat mengganggu orang kampung takde adab biadap macam orang tak pernah sekolah dan takde sivik.
- Ada juga jenis yang tak sabar bawak kete sampai langgar kenderaan lain. Lapar benar durian free tu…
- Yang membantu memberi menjamu ada yang mengandung korang selambe je tolak perut ibu mengandung tu.
- Pihak pengurusan dah suruh beratur, tapi korang tetap buat cara macam orang kebulur dan tak nak beratur macam tak pernah langsung makan durian.
- ada sebijik kereta SUV pada awal jam 10.45 PM mungkin dia frust sebab lambat di hidang pastu bengang belah balik bawak kete laju macam pelesit dalam kampung. Kete besar otak kat punggung.
Penat lah nak taip banyak-banyak. Bleh kata min gerenti hat biadap ni adalah geng boikot muka tak malu tapi nak datang makan percuma mengalahkan vip. Patutnya korang datang dengan beradab tak kira siapa pun.
Min pun harap lepas ni orang kampung tak perlu lah buat lagi, biar diorang beli je lah sebab perangai buruk sangat dan memalukan.
Patut lah Malaysia tak maju. Patut lah Malaysia menerima sebahgian pemimpin low class. Rupanya rakyat dia lagi low class level sampah macam dalam gambar yang min post ni!
Semoga korang berbahgia dengan sikap sampah ni sehingga 7 generasi! Terima kasih kerana datang walaupun korang tak pernah bersyukur dan berterima kasih kepada orang kampung!
Semoga yang mana perangai busuk jenis boikot jualan durian, korang boikot lah sekali jamuan macam ni takut tuhan tak redho makanan masuk dalam perut tu.
Sekian!
Sumber: @_nazirulbasyir , Taiping Zone