Kenderaan SUV Terhumban Bawah Jambatan, Seorang Wanita Dilaporkan Maut

Trending

Kenderaan SUV Terhumban Bawah Jambatan, Seorang Wanita Dilaporkan Maut

Malang tidak berbau apabila seorang wanita yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu bapanya, dilaporkan maut akibat kecederaan parah.

Kereta mangsa telah disahkan terhumban ke bawah jambatan di Kilometer 313.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, semalam.

Advertisement

Dalam nahas kira-kira jam 2 petang, V K Yuvabarathi, 24, yang duduk di bahagian penumpang belakang SUV jenis Proton X70 itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Bapa mangsa yang memandu SUV terbabit, V V Kunalan, 59, cedera di bahagian dada, manakala ibunya, M Nirmala Devi, 56, yang duduk di bahagian penumpang hadapan pula parah.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kedah. Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail.Keadaan besi pengadang jalan selepas dilanggar SUV dinaiki mangsa. - Foto ihsan polis

SUV itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi pengadang jalan di sebelah kiri sebelum terhumban ke bawah jambatan.

Dilaporkan ketika itu, pemandu terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian dada, manakala isterinya parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Lebih mendukacitakan apabila Yuvabarathi yang tinggal bersama ibu bapanya di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, pula disahkan meninggal dunia jam 3.35 petang ketika mendapat rawatan di HRPB.

Beliau berkata, kemalangan itu turut menyebabkan SUV terbabit rosak keseluruhan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...