Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Sebenar, Mulai Hari Ini

Trending

Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Sebenar, Mulai Hari Ini

Kerajaan kini membenarkan kembali jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan yang dinaiki, sekaligus menarik balik arahan sebelum ini di bawah Akta 342, hanya empat orang termasuk pemandu dibenarkan berada di dalam sebuah kenderaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengadakan Mesyuarat Khas Menteri baru-baru ini.

Advertisement

“Dalam Mesyuarat Khas Menteri sudah diputuskan jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan dan tidak terhad hanya empat orang seperti sebelum ini. Contohnya kenderaan pelbagai guna (MPV) yang boleh muatkan enam orang.”

Ismail Sabri menyatakan kerajaan meletak sepenuh keyakinan kepada pihak polis ketika menjalankan pemeriksaan sepanjang musim perayaan ini. Jika sesebuah kereta dinaiki lebih empat individu, polis masih boleh menggunakan budi bicara sama ada untuk mengeluarkan kompaun atau sebaliknya.

Pemandu haruslah mengikut kapasiti kenderaan masing-masing seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ismail Sabri turut menambah, setakat ini kerajaan masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan sebarang pergerakan rentas negeri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...