Kencing Tikus : Seorang Remaja Dijangkiti Virus, Lepas Mandi Air Terjun Di Lata Bukit,Perak.

Trending

Kencing Tikus : Seorang Remaja Dijangkiti Virus, Lepas Mandi Air Terjun Di Lata Bukit,Perak.

kencing_tikus_600Seorang remaja lelaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas disyaki terkena jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus selepas mandi di Lata Bukit Perak, Pendang pada 1 Mei lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Nur Iman Nor Hisham, 17, dimasukkan ke wad ICU hospital selepas mengalami demam, muntah dan sakit badan pada 12 Mei.

Advertisement

“Mangsa mendapatkan rawatan awal di sebuah Pusat Rawatan Homeopathi. Pada 14 Mei, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Yan sebelum dirujuk ke HSAH untuk rawatan lanjut pakar dan terus dimasukkan ke ICU pada 15 Mei.

“Keadaan mangsa masih kritikal dan memerlukan rawatan rapi pakar perubatan. Pemeriksaan awal menunjukkan terdapat tanda jangkitan leptospirosis dan hospital menghantar sampel darah ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur untuk pengesahan,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa mandi di kawasan perkelahan tersebut bersama tujuh rakannya yang lain pada 1 Mei lalu, namun rakan-rakannya tidak mengalami gejala seperti dialami mangsa.

Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat mengenai kes leptospirosis di Pendang yang dikaitkan dengan Lata Bukit Perak dalam tempoh yang sama.

“PKD Pendang akan mengadakan pemeriksaan di kawasan terbabit pada esok untuk memantau tahap kebersihan dan tindakan sewajarnya termasuk arahan pembersihan,” katanya.

Norhizan menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelak daripada mandi di kawasan rekreasi air sekiranya mengalami luka atau kudis selain jangan minum air di kawasan tersebut yang tidak dimasak.

“Orang ramai perlu sama-sama menjaga kebersihan kawasan tempat rekreasi dengan membuang sisa makanan dengan betul bagi mengelak hurungan makhluk perosak termasuk tikus.

“Sekiranya ada yang mengalami gejala demam, pening, sakit kepala dan muntah, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital,” katanya.

BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...