Kencing & Berak Kucing Menghantui Hidup Anda? Sila Cuba Tips Mudah Ini

Trending

Kencing & Berak Kucing Menghantui Hidup Anda? Sila Cuba Tips Mudah Ini

Pastinya anda sakit hati apabila menghirup udara segar pagi hari apabila melangkah keluar dari pintu rumah untuk ke tempat kerja tetapi tup-tup bau tahi kucing menusuk ke hidung. Fuh! Memang terbakar jiwa dibuatnya. Sedikit sebanyak pasti akan ada sumpah seranah terkeluar. Lagi stress apabila pelbagai tips menghalang kucing berak di laman rumah telah anda lakukan namun kesemuanya gagal. Ha, baru-baru ini satu perkongsian tips mudah untuk perkara ini telah pun menjadi viral.

Advertisement

Dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja, Ella Ahmad telah pun berjaya membebaskan laman rumahnya daripada menjadi tempat pembuangan najis kucing. Jom ikuti perkongsiannya:-


Resepi :

1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dy masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak kt tempat yg disembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand ape sbb nak bg wangi ckit je, sbb kalau letak cuka je nt bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la ckit baunye..?)
3. Air paip (agak2 laa sampai penuh bekas spray)

Bekas spray beli kat kedai eco je.

Ha dh isi sume bahan dlm ni goncang2 kan dah bley spray kat tempat mana yg kucing suka kencing/berak..alhamdulillah setakat ni car porch sis dh bebas bau kencing kucing..kalau tak, bukak je sliding door rse nk pengsan..? spray laa 2hr sekali..kalau rajin, spray hari2 pun x pe..selamat mencuba guys

Nampak sangat mudah kan? Selepas gagal menggunakan teknik air sirap, teknik minyak tanah dan macam-macam lagi teknik, kami akan cuba applikasikan teknik terbaru ini. Sekiranya berjaya, kami akan maklumkan kepada anda.

Sama-sama kita bebaskan laman rumah daripada menjadi mangsa pemberakan kucing.

Sumber : FB Ella Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...