Written by Bella | March 15th, 2019

Penyampai radio Hot FM menerusi segmen Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Shuib Sepahtu semalam menerima kritikan ramai apabila didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sensitif mengenai isu pencemaran kimia di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim yang semakin kritikal sehingga mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara itu.

Antara kata-katanya berbunyi Kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti.”

Tentu sekali  ia membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.

Susulan itu, stesen radio Hot FM menerusi akaun Twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kata-kata penyampainya itu.  Pihak Hot FM mengambil serius dan menghargai setiap teguran daripada pendengar yang prihatin berkenaan isu tersebut.

Hot FM juga mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi dugaan itu.

10 responses to Kenapalah Konti Kita Bukan Dekat Johor, Kalau Tak Mesti Dah Cuti – Penyampai Radio Hot FM Persenda Isu Pencemaran Kimia

  1. faraj says:

    Kalau ader Shuib, alamat berpecah belah lah nanti…tgk SEPAH sewbelom ni, saper yg buang Mamat…..Shuib kan…pastu Sepahtu sinar, merajuk konon dia lah Hebat dari JEP..kuar Sinar, konon org nk simpati..last2 ASTRO malasn nk layan ..masuk HOT FM….SYUK, kalau anda baca ni , saya nk pesan Berwaspada lah dgn si Pendek tu..(Perasan Bagus)…ok Syuk..(Hati2 dgn sipendek Shuib ni)….

    6

    3
    • kak milah says:

      Mengapa kamu begitu membenci Shuib. apa salahnya dia kepada kamu. kata kata kamu hanya bersandarkan kepada agak-agak semata-mata. ini sangar tidak boleh diterima

      4

      5
    • Anonymous says:

      minta maaf,tapi ada bukti ke cakap Shuib macam tu?macam pernah hidup dengan dia je komen macam tu

      3

      3
  2. Huhuhaha says:

    Errr… Benda ni jd pg ni ke? Hari ni kan jumaat, johor cuti. Dia maksudkan akan cuti klu keja kat johor sbb hari jumaat. Bukan sbb kes pencemaran tu. Adoi la…. Apa ke hal sebsitip ikut kepala lutut ni… Klu xde kes tu pun jumaat mmg cuti kat johor…. Memalukan la org melompat sensitip x bertempat

    1

    6
  3. Anonymous says:

    relevan lagi ke hot fm ni dahla buat lawak merapu2 pastu sendiri buat lawak yang ntah2apa sendiri ketawa padahal bende tu x kelakar kot. baik dgr best fm banyak info n penyampai nye pon byk bagitau update2 n info2 terkini, iklan pon kurang, takdelaa lagu asek yg same aje diulang2 mcm era fm. erghhh

    6

    0
  4. unknown says:

    baik dengar any english channel.. banyak information and knowledge bukan lawak semata2..

    10

    0
  5. Mia says:

    Baik dgr lite & easy.. mmg fav radio station..

    0

    0

Leave a Reply to unknown - Cancel

Optional