Selepas hampir seminggu, pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz akhirnya memberikan kenyataan masing-masing berhubung kes tangkap khalwat membabitkan mereka berdua minggu lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, kedua-dua Aliff dan Ruhainies memberikan penjelasan panjang berkenaan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.
Kenapa duduk berdua dalam rumah, tutup pintu?
Sementara itu, di laman media sosial X topik ini menjadi bualan hangat selepas ramai warganet berpendapat Aliff dan Ruhainies memberikan penjelasan yang mengarut.
Beberapa perkara dipersoalkan oleh netizen terutamanya keberadaan pembantu peribadi Ruhainies yang pada awalnya konvoi bersama ke rumah namun tiada di dalam rumah bersama dia dan Aliff.
Ramai yang turut mencemuh Ruhainies dan Aliff kerana tetap berada di dalam rumah malah sempat berborak seperti biasa meskipun selepas tahu Risteena masih belum sampai dan hanya mereka berdua ada di dalam rumah.
Tak hormat rumah tangga kawan baik
Dalam pada itu, ramai yang turut mengkritik Ruhainies kerana tidak menghormati Bella sebagai isteri Aliff serta rumah tangga rakan baiknya sendiri.
Rakan artis, Eyra Hazali turut mempersoal mengapa Ruhainies tidak menjemput Bella untuk sertai makan malam tersebut.
Bukan itu sahaja, Eyra juga turut persoal mengapa tiada permohonan maaf daripada Ruhainies terhadap Bella selepas dia dan Aliff ditangkap khalwat.
Tak ajak isteri sekali ke makan makan? Mana minta maaf pada si isteri (Bella)? Kesimpulannya, kena ada boundaries walaupun dah 10 tahun kawan.