Kenapa Tidak Boleh Simpan Ubat Demam Terlalu Lama Dan Berbahaya ?

Trending

Kenapa Tidak Boleh Simpan Ubat Demam Terlalu Lama Dan Berbahaya ?

Mungkin ramai diantara kita perasan bila buka peti ais rumah siapa-siapa pun mesti banyak ubat demam anak-anak. Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kala tu sampai berbulan-bulan pun ada.

Advertisement

Kenapa ye?

Memetik kenyataan doktor Taufiq Razif di laman facebooknya, kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat boleh mengundang bahaya. Botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana.

Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.

Katanya lagi, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu takde bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak kat dalam tu.

Berapa lama je boleh simpan?

Taufiq Razif menjelaskan lagi, sebenarnya tak perlu simpan. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye.

Lebih bahaya lagi kalau kita simpan pastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!

p/s : Tolong sebarkan dan ajar ilmu ni pada ibubapa kat luar sana juga ye. Saya tahu ramai ibubapa yang tak tahu tentang benda ni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...