Seorang pengguna Twitter, Aishah Samin telah berkongsi, tapai dalam keadaan berwarna merah-merah seperti yang ditunjukkan dalam gambar, bermakna orang yang membuat tapi itu bukan dalam keadaan bersih atau datang bulan.
- Tak boleh makan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda berwarna merah ketika membungkus tapai. Sekiranya pantang larang ini dilanggar, tapai akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap.
- Tak boleh makan benda masam ketika membungkus tapai kerana ia akan membuatkan tapai menjadi masam
- Bagi wanita yang datang bulan juga tidak boleh membuat tapai kerana rasa yang terhasil daripada pembuat tadi tidak ‘jadi’ atau masam dan sebagainya.
- Malah, tidak dibenarkan menegur atau buat bising ketika sedang membuat tapai. Ini akan menyebabkan tapai yang dibuat tidak menjadi.
Tapi yang masuk mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.