Nampaknya Che Wan turut menerima tempias akibat pergolakan rumah tangga anaknya Chef Riz dan Ana Dahlia. Wartawan Mstar Online telah cuba mendapatkan komen daripada Chef Wan mengenai perkara ini namun tidak berhasil mendapat sebarang jawapan.
Abang Nara respek dengan pendirian Chef Wan yang tidak mahu menceritakan apa yang terjadi di dalam keluarga mereka kerana mampu menimbulkan fitnah dan spekulasi kepada orang luar. Kata Chef Wan:-
Berdiam diri adalah cara terbaik dalam menghadapi isu ini kerana ia adalah urusan peribadi perkahwinan mereka, bukan urusan anda semua. Kenapa anda bertanya kepada saya dan bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa? Anda tahu yang anda tidak akan dapat apa-apa kenyataan daripada saya. Saya enggan memberikan apa-apa komen.
Ketegasan Chef Wan dalam isu rumah tangga anaknya ini harus dipuji. Apa pun sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia dapat dikekalkan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Semoga segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cara baik.
buta kaler
November 4, 2012 at 1:28 pm
pd aku,betul chef wan ckp tu…nape nak hina chef wan..dulu chef wan dah angkat darjat janda si ana, bg hantaran rm20k…terima juga pilhan anak w/p baru kenal..buat besar2an guna duit hasil titik peluh sendiri utk ank yg kawin dgn janda..sponsor gi honeymoon lg…pape pun hal umhtangga takkan la chefwan nk amik pusing…dh tu yg anak nak..sendiri jawab la..pilihan masing2…
nape nak ungkit psl chef wan kutuk wedding memey..bape ramai org melayu nk pertahankan maruah org melayu yg senang dipergunakan? baik ckp depan2,sembur habis2 yg tak puas hatidari kutuk ramai2 kt belakang…sekurang2 ada la artis melayu bukak mata..jgn mudah sgt dipergunakan….wassalam
putihkaseh
November 3, 2012 at 12:35 pm
Masa AD kawin bukan main disanjung, memey dihina bukan main hebat, lastnya memey bahgia berkat doa2 hinaan semua, sempurna hidup dia, AD ni tgk lah masa kawin pun ngan family cam kureng expose, tgk Diana, tak sorok mak dia, biar pun ramai yg komen mak dia, si AD itu klau dah biasa kwin cerai, rasanye tak terkejut lah citer pasa Ana ni …… sejak Lisa Suraini bawa mak masa perkawinan dia, ramai artis2 dah mula bawa mak jadi pengapit dia org, x pa lah satu contoh yg baik, bahgianye jadi anak2 menghargai mak yg tak da tukar ganti didunia ini ……. org kata laki or bini boleh tukar tapi mak bapak tiada galang ganti di dunia so syg2 lah mereka ni selagi ada hayat kita ……
Kak Mahh
November 3, 2012 at 9:43 am
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kita doakan yang terbaik buat semua.