Nampaknya Che Wan turut menerima tempias akibat pergolakan rumah tangga anaknya Chef Riz dan Ana Dahlia. Wartawan Mstar Online telah cuba mendapatkan komen daripada Chef Wan mengenai perkara ini namun tidak berhasil mendapat sebarang jawapan.
Abang Nara respek dengan pendirian Chef Wan yang tidak mahu menceritakan apa yang terjadi di dalam keluarga mereka kerana mampu menimbulkan fitnah dan spekulasi kepada orang luar. Kata Chef Wan:-
Berdiam diri adalah cara terbaik dalam menghadapi isu ini kerana ia adalah urusan peribadi perkahwinan mereka, bukan urusan anda semua. Kenapa anda bertanya kepada saya dan bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa? Anda tahu yang anda tidak akan dapat apa-apa kenyataan daripada saya. Saya enggan memberikan apa-apa komen.
Ketegasan Chef Wan dalam isu rumah tangga anaknya ini harus dipuji. Apa pun sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia dapat dikekalkan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Semoga segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cara baik.