“Kenapa Tak Solat Di Surau?” – Heliza Helmi Jelaskan Tindakan Solat Di Belakang Pentas ABPBH37, Nafi Rekod Sendiri

Hiburan

“Kenapa Tak Solat Di Surau?” – Heliza Helmi Jelaskan Tindakan Solat Di Belakang Pentas ABPBH37, Nafi Rekod Sendiri

Penyanyi dan pelakon Heliza Helmi tampil memberikan penjelasan berhubung video tular yang merakamkan dirinya sedang menunaikan solat bersama adiknya, Hazwani Helmi, di belakang pentas Anugerah Bintang Popular (ABP37) baru-baru ini.

Menurut Heliza, keputusan untuk menunaikan solat di lokasi berkenaan dibuat berikutan kekangan masa dan situasi ketika itu, memandangkan hanya berbaki kira-kira 10 minit sebelum acara bermula secara langsung pada jam 9 malam.

Advertisement

Masa waktu solat kita tidak tahu apa yang terjadi di sekeliling kita, ada yang tanya kenapa tak solat di surau

Mungkin kita orang on the go, mungkin asbab daripada banyak misi, banyak travel, kita orang memang style arab, solat dekat mana-mana. Dekat mana mana yang nampak bersih atau apa kita solat terus dan waktu itu tinggal 10 minit sebelum nak live pukul 9.

Tambah Heliza, kawasan belakang pentas tersebut dipilih kerana ia lebih tersorok dan bukan laluan utama orang ramai.

Itu pun tersorok, orang tak lalu sangat jadi dekat situ, jadi kita solat. Kalau nak cari surau, dengan ramai orang memang sangat mencabar sebenarnya, jadi kitorang solat dekat situ.

Mengulas lanjut mengenai penularan video berkenaan, Heliza menegaskan bahawa rakaman tersebut bukan dibuat oleh mereka, apatah lagi untuk dimuat naik di media sosial.

“Android Pun Penyumbang Terbesar Jugak” – Dikecam Pakai iPhone Ketika ABPBH37, Heliza Helmi Buka Mulut

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya mereka enggan menunaikan solat di surau atau sengaja merakam perbuatan tersebut untuk tujuan publisiti.

Tapi kita pun faham sebab orang tidak berada dalam situasi kita ketika itu, macam assumption yang begini begitu, jadi pengajaran dan pelajarannya adalah Tabaiyyun. Maksudnya kita cek dahulu, periksa.

Harapnya penjelasan berkenaan dengan video solat… Itu bukan kami rekod, bukan kami post, kami tidak tahu menahu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hawani helmi
2025-12-15 14:57:10

"Android Pun Penyumbang Terbesar Jugak" - Dikecam Pakai iPhone Ketika ABPBH37, Heliza Helmi Buka Mulut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...