“Kenapa Tak Ada Orang Viralkan?” – Netizen Gesa Hantar Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu

Berita

“Kenapa Tak Ada Orang Viralkan?” – Netizen Gesa Hantar Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu

Penduduk di lebih 20 kampung di daerah Hulu Terengganu terputus hubungan akibat situasi banjir yang makin memburuk.

Kebanyakan mangsa terpaksa berlindung di atas bumbung rumah kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri berikutan air naik terlalu cepat.

Advertisement

Menurut laporan Utusan, paling teruk terjejas ialah kampung-kampung sekitar Tersat, Hulu Telemong dan Jenagur di Telemong di samping mukim Hulu Berang di Ajil.

terengganu

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd. Safari Abu berkata, kira-kira 13 kampung di DUN berkenaan terjejas dan pihaknya masih mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Banjir kali ini agak luar biasa dan operasi menyelamat masih giat dijalankan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menggesa orang ramai untuk menggunakan kuasa ‘viral’ bagi membantu mangsa yang terkandas.

“Terlalu banyak kampung banjir bantuan pun tak cukup,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Minta tolong viralkan kut-kut ada yang nak masuk lagi bagi bantuan, tak banyak gambar sebab semua sibuk cari tempat berteduh,” tulis seorang lagi warganet.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Gempa bumi di malaysia
3 years ago

"Ingat Pening, Bangunan Bergegar"- Gempa Bumi Berskala Kecil Dilaporkan Berlaku Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...